Kewajipan Mencari Yang Halal : Pena Hijau

Kewajipan Mencari Yang Halal

20240314 ramadhan madrasah tarbiyah masjid keluarga puasa
Kewajipan Nafkah Kepada Ahli Keluarga
9 Aug 2024
20240823 mencintai negara malaysia merdeka 1957
Tuntutan Mencintai Negara
23 Aug 2024
20240314 ramadhan madrasah tarbiyah masjid keluarga puasa
Kewajipan Nafkah Kepada Ahli Keluarga
9 Aug 2024
20240823 mencintai negara malaysia merdeka 1957
Tuntutan Mencintai Negara
23 Aug 2024
20240816 mencari yang halal makanan restoran
icon follow us

Kewajipan Mencari Yang Halal | Sebagai seorang mukmin, kita meyakini bahawa setiap yang dihalalkan oleh Allah Taala dan RasulNya pasti membawa kepada kebaikan dan semua yang diharamkan akan membawa kepada keburukan.

Semestinya sebagai tonggak kesejahteraan umat manusia ini, hukum Syara’ yang diturunkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala amat sesuai dan selari dengan maqasid syariah demi memelihara kemaslahatan hidup sepanjang masa dan mengelak kemudaratan daripada semua para hambaNya.

Allah Taala melalui perutusan Baginda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam telah menunjukkan panduan terbaik bagi kehidupan manusia dalam segala aspek, antaranya, melibatkan pemakanan yang halal.

Allah subhanahu wa ta’ala mengingatkan kita supaya memastikan apa yang dimasukkan ke dalam rongga kita mestilah daripada sumber yang halal lagi baik (halalan toyyiba).

Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Baqarah 168 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَـٰلًۭا طَيِّبًۭا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌ ١٦٨

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu”

Menjadi kewajipan setiap ketua keluarga muslim untuk mendidik dan mengajar ahli keluarga supaya mengutamakan makanan yang halal walau di mana sahaja berada.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membantu pengguna mengenalpasti produk halal melalui logo halal. Maka kita sebagai pengguna wajib memberi perhatian terhadap pembelian produk dan premis yang memaparkan logo halal. Ini adalah bagi memastikan barangan yang dibeli dan dipilih itu diyakini halalnya. Kerana untuk memperolehi logo halal, banyak aspek diberi perhatian, termasuk aspek kebersihan, kesucian, cara pengendalian dan pemprosesan sesuatu makanan dan seumpamanya.

Mari kita renungi hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah rodhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :

“Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya, apakah daripada yang halal atau daripada yang haram”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Dukacita, terdapat sebahagian masyarakat kita yang masih mengambil mudah terhadap isu halal dengan beranggapan yang halal itu sekadar tidak mengandungi khinzir dan arak. Sedangkan dinyatakan oleh Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadisnya yang bermaksud :

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama menjelaskan bahawa sumber makanan atau minuman yang tidak baik ini bakal membawa kesan yang buruk terhadap diri dan rohani seseorang muslim. Hal ini memberi kesan kepada berlakunya keruntuhan akhlak, amalan yang tidak diterima dan doa tidak dikabulkan.

Kasimpulannya, sebagai seorang muslim, kita perlu…

  1. Memastikan sumber makanan yang diberikan kepada isteri dan anak-anak adalah halal lagi baik serta diperoleh daripada pendapatan yang tidak mengandungi unsur-unsur haram.
  2. Mengutamakan premis makanan yang dimiliki oleh orang Islam dan kilang yang menyediakan juadah yang halal lagi bersih agar ia menepati kehendak Syara’ dan mencapai konsep halalan toyyiba.
  3. Mengambil tahu dan cakna terhadap isu pemakanan halal serta berilah kefahaman kepada anggota keluarga untuk memahami kepentingan pemakanan halal dalam pembentukan rohani dan jasmani kita.
  4. Sebagai usahawan, pengeluar dan peniaga mestilah jujur dengan memastikan produk makanan atau bahan kegunaan yang dihasilkan dan dijual adalah halal, bersih dan selamat.
  5. Mencari produk dan premis yang mendapat logo halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kewajipan Mencari Yang Halal
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more