Teguh Menghadapi Ujian Kehidupan : Pena Hijau

Teguh Menghadapi Ujian Kehidupan

20250612 palestin israel
Peranan Umat Islam Dalam Isu Palestin
12 Jun 2025
20250612 palestin israel
Peranan Umat Islam Dalam Isu Palestin
12 Jun 2025
20250619 ujian kehidupan
icon follow us

Teguh Menghadapi Ujian Kehidupan | Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 214 :

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوْا۟ مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ ٱلْبَأْسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلْزِلُوا۟ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصْرُ ٱللَّهِ ۗ أَلَآ إِنَّ نَصْرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌۭ ٢١٤

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada besertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”

Syurga merupakan satu ganjaran yang tidak dapat digapai dengan mudah. Seseorang yang beriman sudah pasti akan diuji dengan pelbagai rintangan, mehnah dan tribulasi. Maka kehidupan dunia ini mesti diisi dengan keimanan yang teguh dan bersungguh-sungguh menegakkan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Ganjaran yang diberi kepada orang beriman pada hari akhirat itu terlalu mahal harganya, iaitu kebahagiaan selama-lamanya didalam syurga yang penuh dengan nikmat. Sabda Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

“قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: أَعْدَدْتُ لِعِبَادِيَ الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ، وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ، وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ.”

“Firman Allah Taala: Aku telah persiapkan untuk hamba-hambaKu yang soleh, syurga yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati manusia”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. Hadis 3244 & Muslim, No. Hadis 2824)

Allah Subhanahu Wa Ta’ala memerintahkan kita agar mengharungi ujian kehidupan dunia yang singkat ini dengan penuh kesabaran, keimanan dan ketaqwaan. Setiap zaman mempunyai ujian dan cabarannya tersendiri. Pengikut-pengikut nabi zaman dahulu walaupun dalam keadaan ditindas, dizalimi, dibunuh dan sebagainya, namun mereka tetap bersabar dalam menghadapi ujian tersebut.

Hari ini kita menyaksikan saudara-saudara kita di Palestin menghadapi ujian yang sangat dahsyat. Mereka ditindas, dibunuh dengan senjata terlarang, kediaman dan hospital dimusnahkan, bekalan air, makanan dan ubat-ubatan disekat, namun mereka tetap bertahan dan tidak  menyerah kalah. Mereka adalah kumpulan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

لا تزالُ طائفةٌ من أمتي ظاهرينَ على الحقِّ، لعدوِّهم قاهرينَ، لا يضرُّهم من خالفهم، إلا ما أصابهم من لأواءَ، حتى يأتيَهم أمرُ اللهِ وهم كذلك
قيل: يا رسولَ اللهِ، وأين هم؟
قال: “ببيتِ المقدسِ، وأكنافِ بيتِ المقدسِ

“Akan sentiasa ada satu golongan dari umatku yang bangkit menegakkan kebenaran, mengalahkan musuh mereka. Mereka tidak akan dimudaratkan oleh orang yang menentang mereka, kecuali sedikit kesusahan yang menimpa mereka, sehinggalah datangnya urusan Allah sedangkan mereka tetap dalam keadaan itu.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, di manakah mereka itu?” Rasulullah menjawab: “Di Baitul Maqdis dan kawasan-kawasan sekitarnya.”

(Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad, No. Hadis 22320)

Kita juga berdepan dengan pelbagai ujian dalam kehidupan di zaman ini, antaranya ada di kalangan kita yang berdepan dengan kesempitan hidup, kehilangan orang yang tersayang, kesakitan, kemusnahan harta benda dan lain-lain. Dalam masa yang sama kita juga diuji dengan pemikiran dan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti pemikiran bebas beragama, LGBT dan hiburan melampau.

Oleh itu, marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, hadirkan diri ke kuliah-kuliah agama, lazimi solat berjemaah di masjid dan surau, awasi penggunaan gajet dan media sosial, libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah dan banyakkan doa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar memelihara diri, keluarga dan masyarakat. Mudah-mudahan setiap amalan yang kita lakukan ini akan
dapat memberi kekuatan dalaman untuk berdepan dengan ujian kehidupan. Aamiin…

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Teguh Menghadapi Ujian Kehidupan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more