
Roh Agama Yang Dilupakan
20 Aug 2025
Involve Asia – Cara Mudah Jana Pendapatan Online Melalui Affiliate Marketing
6 Sep 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap kali tiba bulan Ogos dan September, suasana memang meriah dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Bangunan dihias cantik, kereta penuh dengan jalur gemilang dan media sosial dibanjiri dengan design dan ucapan patriotik. Tapi dalam kemeriahan itu, Abey perasan ada satu isu yang masih berulang saban tahun – bendera Malaysia yang tersalah design, tersalah pasang terbalik.
Kadang-kadang kita jumpa bendera dengan bilangan jalur yang tak cukup atau terlebih, warna yang pudar, bentuk bulan sabit pelik atau bucu bintang yang tak cukup.
Ni yang Abey sempat perasan dan tangkap design daripada agensi-agensi kerajaan yang tak sepatutnya berlaku…


Yang ni pula beberapa design daripada kumpulan persatuan, syarikat, masjid dan lain-lain…

Bagi Abey, benda ni nampak kecil tapi sebenarnya besar maknanya. Jalur Gemilang bukan sekadar kain berwarna merah, putih, biru dan kuning – ia lambang identiti, kedaulatan dan maruah negara. Bila kita silap paparkan, ia boleh menimbulkan salah faham, apatah lagi di peringkat antarabangsa.

Ciri-ciri Jalur Gemilang :
- Anak bulan yang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara
- Bintang pecah 14 yang melambangkan perpaduan antara 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
- Mempunyai 14 jalur merah dan putih yang melambangkan 13 negeri + Wilayah Persekutuan. Merah di atas, putih di bawah.
- Warna kuning melambangkan warna DYMM Raja-Raja
- Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia
- Warna merah melambangkan keberanian
- Warna putih melambangkan kesucian
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Peraturan dan Garis Panduan Penggunaan Bendera Malaysia.
Abey percaya kalau kita sama-sama lebih peka, isu bendera salah design ni boleh dielakkan. Paling penting, kita kena hormat simbol negara sendiri. Jangan sampai mengubah makna dan maksud asal Jalur Gemilang.
Di kesempatan ini juga, Abey nak ucapkan terima kasih atas doa, ingatan dan sokongan semua. Semoga kita terus cintakan tanah air dan sama-sama pelihara identiti Malaysia dengan penuh rasa bangga. ❤️
👉 Apa pandangan korang tentang isu bendera salah design ni? Pernah nampak yang pelik-pelik sempena sambutan Merdeka atau Hari Malaysia? Jom kongsi pengalaman dan pendapat korang di ruangan komen. Jangan lupa like, share dan subscribe blog ni untuk lebih banyak perkongsian menarik dari Abey!





