Kukuhkan Kesatuan Ummah : Pena Hijau

Kukuhkan Kesatuan Ummah

20251002 orang bahagia kebahagiaan
Hakikat Kebahagiaan
2 Oct 2025
20251017 adab majlis ilmu uia medan ilmu
Adab Dalam Majlis Ilmu
17 Oct 2025
20251002 orang bahagia kebahagiaan
Hakikat Kebahagiaan
2 Oct 2025
20251017 adab majlis ilmu uia medan ilmu
Adab Dalam Majlis Ilmu
17 Oct 2025
20250814 ummah solat berjemaah
icon follow us

Dalam mengharungi hidup ini, manusia sentiasa perlu hidup bersama. Tiada siapa boleh hidup secara bersendirian tanpa orang lain.  Keterbatasan seseorang individu, baik dari segi kudrat atau kemampuan yang ada, mahupun kebolehan mereka, sudah pasti memerlukan mereka untuk berhubung dengan manusia lain. Sebagai contoh, dalam sepinggan nasi, di situ terdapatnya keringat pak tani, lelah nelayan dan usaha penjual bagi menyiapkan hidangan yang akan dimakan.

Inilah kebijaksanaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah memberikan bakat yang berbezabeza dalam diri manusia demi kelangsungan hidup mereka. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam surah Al-Zukhruf ayat 32 :

أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ ۚ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۚ وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍۢ دَرَجَـٰتٍۢ لِّيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضًۭا سُخْرِيًّۭا ۗ وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌۭ مِّمَّا يَجْمَعُونَ ٣٢

“(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara kerohanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Kami membahagi-bahagikan antara mereka keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini; dan Kami telah meninggikan darjat setengah mereka dari setengahnya yang lain; supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih  baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”

Sejarah telah menunjukkan bagaimana gagalnya manusia untuk menguruskan hubungan sesama mereka disebabkan sifat tamak dan mementingkan diri. Oleh itu, Allah Subhanahu Wa Ta’ala menurunkan kitab dan rasul sebagai petunjuk untuk memupuk perpaduan.

Baginda Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam selalu menggesa umatnya untuk bersatu dalam apa jua keadaan seperti sabda Baginda :

الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ، يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain seperti satu bangunan yang mana setiap bahagiannya saling menguatkan satu sama lain”

(Hadis riwayat Imam Bukhari, No 481 dan Muslim, No 2585)

Membina perpaduan di kalangan umat Islam adalah satu kewajipan dan menjalinkan hubungan dengan seluruh manusia adalah satu  keperluan. Hubungan ini mestilah berlandaskan peraturan dan aturan syariah yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kerjasama boleh dijalinkan dengan penganut agama lain asalkan tidak bercanggah dengan syariat.

Jika kebersamaan telah tercipta maka pastilah keharmonian hidup pun terlaksana. Kehidupan yang harmoni merupakan pantulan barakah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagaimana dijanjikan oleh Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

فَإِنَّ يَدَ اللَّهِ عَلَى الْجَمَاعَةِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ يَرْكُضُ

“Sesungguhnya tangan Allah bersama dengan al-jama’ah. Dan sesungguhnya syaitan itu akan berlari bersama dengan mereka yang memisahkan diri dari jamaah (kelompok umat Islam)”

(Riwayat al-Nasa’ie, No 4020)

Justeru, berpecah belah akan menjauhkan seseorang dari rahmat dan pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Terdapat ancaman ke atas golongan yang sengaja merosakkan kesatuan umat Islam yang telah dibina sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Ali Imran ayat 105 :

وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُوا۟ وَٱخْتَلَفُوا۟ مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْبَيِّنَـٰتُ ۚ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌۭ ١٠٥

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah). Dan mereka yang bersifat  demikian, akan beroleh azab seksa yang besar”

Kesimpulannya, marilah kita semua bersama-sama menghayati beberapa perkara berikut:

  1. Pentingnya membina perpaduan dalam kalangan umat Islam, sebagaimana yang diperintahkan dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
  2. Menghargai permuafakatan dan kesatuan umat Islam yang telah terjalin selama ini.
  3. Sikap mementingkan diri dan tidak bekerjasama boleh mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat.
  4. Keharusan menjalinkan hubungan dengan masyarakat lain yang berlainan agama dengan tatacara dan peraturan yang sesuai dengan Syariat Islam.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Kukuhkan Kesatuan Ummah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more