Banjir Kelantan November 2025 : Pena Hijau

Banjir Kelantan November 2025

20251123 kalendar tahun 2026 planner perancangan
Kalendar Tahun 2026 Negeri Kelantan
23 Nov 2025
20251123 kalendar tahun 2026 planner perancangan
Kalendar Tahun 2026 Negeri Kelantan
23 Nov 2025
20231130 bencana musibah banjir
icon follow us

Assalamualaikum semua 🌿

November 2025 menjadi detik yang cukup mencabar untuk rakyat Kelantan apabila hujan berterusan selama beberapa hari menyebabkan beberapa kawasan mula dinaiki air. Sebagai anak Kelantan, keadaan ini memang menyentuh hati Abey, lebih-lebih lagi bila melihat ramai kawan, pelajar SPM, UMK yang terpaksa berpindah, menyelamatkan barang dan berjaga sepanjang malam. Cukup la kenangan bah kuning tahun 2014 yang Abey dan keluarga rasai dulu.

📍 Kawasan Terjejas

Antara kawasan yang terlibat dalam banjir kali ini :

Jajahan Daerah Bil PPS Bil Mangsa Bil Keluarga
Bachok Tawang, Jelawat, Perupok 6 1571 493
Kota Bharu Sering, Panji, Kemumin, Badang, Limbat, Kubang Kerian, Banggu 18 2390 834
Pasir Puteh Semerak 1 128 36
Tumpat Pengkalan Kubor, Tumpat, Wakaf Bharu, Kebakat, Terbak, Sungai Pinang 11 4559 1817

Rujukan data daripada Info Bencana JKM pada tarikh 24 Nov 2025 jam 11:27 pagi – https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my

Sebagai orang Kelantan, banjir bukan sesuatu yang asing. Tapi setiap kali ia berlaku, perasaan sebak tetap datang. Melihat video tular, gambar rumah dinaiki air, suara anak-anak kecil yang ketakutan—semua ini mengingatkan Abey bahawa : Musibah datang dengan ujian, tapi juga dengan peluang untuk memperkukuhkan hubungan sesama manusia.

Abey mendoakan agar semua mangsa diberi kekuatan, kesabaran dan rezeki yang lebih luas selepas melalui detik getir ini.

 

 

💌 Terima Kasih Atas Doa & Ingatan

Abey ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan, pembaca dan saudara-mara yang saling bertanya khabar, berkongsi update, dan mendoakan keselamatan Abey sekeluarga. Doa kalian sangat bermakna 🙏❤️

 

📣 Jom bagi reaksi korang!

👉 Tekan Like 👍 kalau artikel ini bermanfaat
👉 Tekan Share 🔄 supaya lebih ramai dapat info
👉 Tinggalkan komen 💬 di bawah — kongsikan keadaan di kawasan anda sepanjang banjir 2025 ni

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Banjir Kelantan November 2025
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more