
Pertandingan Logo Maskot dan Lagu SUKMA Kelantan 2028 – Cara Sertai dan Tips Menang
26 Feb 2026
Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang penuh keberkatan. Setiap amalan baik yang dilakukan pada bulan ini dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Pagi tadi Abey dapat satu hantaran WhatsApp daripada seorang sahabat lama Abey semasa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dahulu, iaitu Anas yang berkongsi satu program kebajikan yang dianjurkan oleh Institut Tahfiz Turath Al Banna (ITTAB) iaitu Tabung Ramadhan ITTAB. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di sana.
Apa Itu Tabung Ramadhan ITTAB?
Program Tabung Ramadhan ITTAB merupakan satu inisiatif untuk mengumpul dana bagi menampung keperluan pelajar tahfiz sepanjang bulan Ramadhan.
Dana ini akan digunakan untuk beberapa tujuan seperti :
- Penyediaan iftar, moreh dan sahur untuk para pelajar
- Program tahlil dan ibadah harian
- Pengurusan institusi tahfiz sepanjang tahun
- Pembangunan kemudahan dan infrastruktur
Menariknya, program ini juga disertakan dengan beberapa aktiviti kerohanian sepanjang Ramadhan.
Antara Aktiviti Sepanjang Ramadhan di ITTAB
Berikut antara program yang dirancang sepanjang Ramadhan di Institut Tahfiz Turath Al Banna :
| Program | Penerangan |
|---|---|
| Iftar Perdana | Majlis berbuka puasa bersama pelajar dan masyarakat |
| Bacaan 30 Juzuk Al-Quran | Program khatam Al-Quran sehingga 3 kali sepanjang Ramadhan |
| Tahlil Harian | Bacaan tahlil untuk penderma dan arwah |
| Tahajud | Qiyamullail pada waktu malam |
| Kelas Kitab Online | Pengajian ilmu agama secara mingguan |
Selain itu, terdapat juga Tazkirah khas yang disampaikan oleh beberapa penceramah jemputan sepanjang program ini.
Keistimewaan Untuk Para Penyumbang
Bagi mereka yang menyumbang RM1000 dan ke atas, nama penderma akan dimasukkan dalam bacaan Al-Quran khatam sebanyak tiga kali sepanjang Ramadhan.
Ini merupakan satu peluang untuk kita berkongsi pahala bersama para pelajar tahfiz yang membaca Al-Quran setiap hari.
Bayangkan jika setiap ayat yang dibaca itu turut mengalirkan pahala kepada penyumbang. Inilah antara konsep saham akhirat yang sering disebut dalam Islam.
Untuk memudahkan para penyumbang, pihak ITTAB juga menyediakan kategori tajaan seperti berikut :
| Jenis Tajaan | Anggaran Sumbangan |
|---|---|
| Tajaan Iftar | RM400 |
| Tajaan Moreh | RM200 |
| Tajaan Sahur | RM300 |
Kos pengurusan keseluruhan yang diperlukan untuk setahun pula dianggarkan sekitar RM300,000 bagi memastikan operasi institusi tahfiz ini berjalan dengan baik.
Cara Menyumbang
Bagi yang berminat untuk menyumbang, boleh menggunakan kaedah berikut :
ToyyibPay
https://toyyibpay.com/Tabung-Ramadhan-ITTAB-40
Bank Rakyat
Pondok Moden Tahfiz Al Banna
1100 2092 68
Maybank
Seri Tahfiz Al Banna
5561 4101 9726
Selepas membuat sumbangan, penderma hanya perlu menghantar :
- Nama penderma
- Nama arwah (jika ingin disedekahkan)
- Bukti transaksi
Kepada wakil pihak ITTAB iaitu Abu Anas – 019 929 0189.
Maklumat lanjut:
📍 https://www.facebook.com/seri.tahfiz.albanna
📍 https://www.facebook.com/pondok.moden.albanna

Sedekah: Peluang Pelaburan Akhirat
Dalam kehidupan ini, kita sering sibuk mengejar pelbagai perkara. Namun peluang untuk membuat saham akhirat sebenarnya sangat banyak, terutama pada bulan Ramadhan.
Sedekah bukan sahaja membantu orang lain, tetapi juga memberi ketenangan kepada diri kita sendiri.
Abey sangat menghargai usaha sahabat lama Abey, Anas, yang terlibat secara langsung dalam usaha memajukan institusi tahfiz ini. Semoga usaha mereka semua dipermudahkan oleh Allah SWT.
Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan dan memberi ingatan kepada Abey untuk terus berkongsi perkara yang baik seperti ini.
Kalau ada kemampuan, apa salahnya kita hulurkan sedikit sumbangan kepada institusi yang mendidik generasi penghafaz Al-Quran ini. Mudah-mudahan setiap huruf yang dibaca oleh para pelajar tahfiz ini menjadi pahala berterusan buat kita semua.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat:
👍 Tekan Like
🔁 Share kepada rakan-rakan
💬 Tinggalkan komen di bawah
Abey sangat menghargai setiap pandangan dan sokongan daripada pembaca semua.





