Keajaiban Angka 19 Dalam Surah Al-Muddaththir : Pena Hijau

Keajaiban Angka 19 Dalam Surah Al-Muddaththir

Kemukjizatan Nombor di dalam Al-Quran
19 Mar 2019
igpost-qanaah
Qanaah
3 Apr 2019
Kemukjizatan Nombor di dalam Al-Quran
19 Mar 2019
igpost-qanaah
Qanaah
3 Apr 2019
icon follow us
  1. Ayat-ayat dalam Surah Al-Muddaththir adalah pendek-pendek kecuali satu ayat panjang yang menarik perhatian, iaitu ayat 31 yang membicarakan hikmah pengkhususan angka 19.
  2. Ayat 31 Surah Al-Muddaththir ini terdiri daripada 57 kata (19 x 3 = 57)
  3. Ayat ini terbahagi menjadi dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada 37 kata (19 x 2 = 37), membicarakan hikmah penyebutan khusus angka 19 dan berakhir dengan firman  yang bermaksud 
    “Apakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” 
    Sementara bahagian kedua terdiri dari 19 kata yang merupakan ulasan atas apa yang disebar pada bahagian pertama 
    “Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.”
  4. Jumlah kata dari 19 ayat pertama Surah Al-Muddaththir adalah 57 (19 x 3 = 57). Di sini kelihatan dengan jelas bahawa jumlah kata ayat 31 Surah Al-Muddaththir sama dengan jumlah kata 19 ayat pertama.
  5. Jumlah kata dari ayat 1-30, atau hingga firman “Di atasnya ada sembilan belas (penjaga)” adalah 95 (19 x 5 = 95)
  6. Ayat 30 Surah Al-Muddaththir terdiri dari tiga kata. Dari sini nampak jelas bahawa ayat 31 yang membicarakan hikmah penyebutan angka 19 secara khusus sejajar dengan jumlah kata 19 ayat pertama Surah Al-Muddaththir (57 kata).
  7. Jumlah huruf sejak permulaan Surah Al-Muddaththir hingga akhir kata “tis’ata ‘asyar” adalah 361 (19 x 9 = 361)
  8. Sebutan “tis’ata ‘asyar” terdiri dari 7 huruf. Dan merujuk pada fakta sebelumnya, kelihatan jelas bahawa huruf tengah dari sebutan ini adalah huruf ke-365 dari permulaan Surah Al-Muddaththir. Dan ini adalah jumlah hari dalam setahun. Persoalannya, adakah kaitan antara hal tersebut dengan ilmu astronomi?
  9. Firman Allah pada Surah Al-Muddaththir, ayat ke 32 hingga 36 yang bermaksud
    “Sebenarnya! Demi bulan, Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri, Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang, Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, Yang menjadi amaran bagi umat manusia”
    Untuk apa Allah bersumpah demi bulan, demi malam, demi subuh atau dengan kata lain demi bulan, bumi dan matahari?Adakah kaitan hal tersebut dengan angka 19? Jawapannya adalah ya. Ada lebih dari satu pola hubungan antara matahari, bumi dan bulan yang mengacu pada bilangan 19.
  10. Ayat 31 terdiri dari 57 kata (19 x 3 = 57) dan ia merupakan ayat terakhir dalam tata urutan mushaf yang memiliki jumlah kata 19 
  11. Di dalam ayat 31 terdapat frasa kontradiktif iaitu
    “Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja.”
    Frasa ini terdiri dari 19 huruf. Mungkinkah keajaiban nombor yang diisyaratkan di dalam ayat ini berasal dari”tentera-tentera”?
Fakta-fakta bilangan ini telah terungkap di dalam kitab I’jaz ar-Raqm 19 fi Al-Quran Al-Karim: Muqaddimah Tantazhir an-Nata’ij.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Keajaiban Angka 19 Dalam Surah Al-Muddaththir
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more