Selamat Datang Musim Bunga Dan Luruh
1 Mar 2020Piring ASTRO Menghala Ke Arah Kiblat?
30 Apr 2020Allah SWT telah mensyariatkan ibadah puasa di dalam Al-Quran, yang bermaksud :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٨٣
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”
Sempena kedatangan bulan yang penuh barakah, kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia khasnya di Malaysia. Semoga kita diampunkan dosa dan diberi kesabaran dan ketabahan dalam menjalani ibadah puasa ketika seluruh dunia dilanda wabak COVID19. Selamat berpuasa, selamat bersedekah, selamat berzakat, selamat berterawih, selamat berqiam, selamat bertaddarus, selamat bersahur, selamat berbuka dan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Dalam pada itu, jangan kita lupa untuk berzikir bagi menghindari musibah yang melanda kita semua.
“Ya Allah, jadikanlah puasaku padanya (hari ini) sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malamku sebagai ibadah orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Kejutlah aku dari tidur orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku padanya, wahai Tuhan sekalian alam. Ampunilah aku, wahai Pengampun orang yang bersalah”
Kepada mereka yang ingin bertaddarus Al-Quran mengikut juzuk setiap hari, bolehlah layari pautan Youtube ni (https://www.youtube.com/playlist?list=PLFF96A2FC65B7B761). Bacaan oleh Sheikh Ahmed ibn Ali Al-Ajmi.