Fenomena topeng muka : Pena Hijau
Sebaik-baik Doa Di Hari Arafah, Jadikan List Doa Ni Sebagai Pilihan Utama!
Sebaik-baik Doa Di Hari Arafah, Jadikan List Doa Ni Sebagai Pilihan Utama!
30 Jul 2020
Kisah Hari Raya Korban
31 Jul 2020
Sebaik-baik Doa Di Hari Arafah, Jadikan List Doa Ni Sebagai Pilihan Utama!
Sebaik-baik Doa Di Hari Arafah, Jadikan List Doa Ni Sebagai Pilihan Utama!
30 Jul 2020
Kisah Hari Raya Korban
31 Jul 2020
icon follow us

Topeng muka atau dikenali sebagai penutup muka adalah alat pelindung muka. Ketika dunia dikejutkan dengan penularan wabak koronavirus atau COVID-19, pemakaian topeng muka menjadi norma baru kepada kita.

Hari ini kita semua mula memahami fungsi dan kepentingan kegunaannya. Pemakaianya bermula dari mereka yang berusia hingga peringkat kanak-kanak. Ia merupakan inisiatif terbaik samada kita mempunyai gejala ataupun tidak.

Pelbagai bentuk dan jenis topeng muka yang mula diperkenalkan. Topeng muka yang dihasilkan secara klinikal sangat membantu menghalang jangkitan. Ada yang paling baik dan topeng muka tiga lapisan dikatakan sudah memadai untuk digunakan.

Kita jadikan pemakaian penutup mulut dan hidung ini sebagai langkah berjaga-jaga agar kekal selamat. Dalam masa yang sama penjarakan sosial sesama kita perlu sentiasa dikawal.

Normalnya, apabila wujudnya sesuatu masalah tidak kira apa isunya, ini telah membuka idea kreatif dan peluang pernigaan kepada masyarakat. Malah, ia membantu masyarakat menambah pendapatan.

Jika ditelusuri, hebatnya hikmah dari ujian yang Allah berikan. Hasilnya, topeng muka mula direka dengan material berbeza, pelbagai pilihan warna serta corak yang menarik.

Bagi kaum wanita masih lagi ingin kelihatan cantik biarpun dengan penutup muka. Lelaki juga tidak kurangnya mahu sentiasa tampak bergaya. Sebahagian orang menganggap topeng muka ketika ini suatu kemestian. Ada antara kita juga yang mengambil mudah dan merasa sudah selesa tanpa menggunakannya.

Perlu dipastikan juga jenis topeng muka yang dipakai dapat membantu kita menjaga keselamatan. Semestinya kita semua bertanggungjawab memberi kerjasama memutuskan rangkaian COVID-19 ini. Mengambil kira jenis topeng muka adalah perkara utama supaya pemakaian itu tidak menjadi perkara yang sia-sia.

Hingga kini kita masih melalui situasi berhadapan dengan semua orang yang bertopeng muka seperti sekolah, pejabat atau di tempat awam. Bukankah budaya ini sangat berbeza dengan hari-hari biasa kita sebelum penularan pendemik ?.

Memakainya juga menutup reaksi muka pemakainya. Jika tidak, tentunya bahasa badan atau raut wajah kerap mendapat perhatian dan persepsi orang. Maklumlah, wajah adalah anggota tumpuan manusia.

Apa yang penting tujuan memakai topeng muka adalah menghalang virus memasuki tubuh badan melalui mulut atau hidung. Hal ini perlu sentiasa diambil perhatian.

Dengan itu, menjadi tanggungjawab kita cakna dengan perubahan dan terus kekal memakai topeng muka sehingga usaha memutuskannya wabak COVID-19 benar-benar berjaya.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Fenomena topeng muka
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more