Nasi Arab Mandy juadah kegemaran ramai
7 Sep 2020Kita dan sujud syukur kepada Allah SWT
8 Sep 2020Inilah Punca Rezeki Lambat Masuk, Makanan Dah Terhidang, Masih Sibuk Dengan Telefon. | Ramai yang mengeluh selepas berkahwin, rezeki menjadi lebih sukar mengalir. Kadang-kala cukup-cukup makan sahaja. Walhal semasa bujang rezeki mencurah-curah sampai tak perlu nak risau nak makan apa dan boleh berbelanja sakan!
Keluhan para suami setiap bulan ialah bila isteri minta duit belanja barang dapur, tu tak termasuk lagi barang keperluan anak-anak. Yang bernasib baik isteri tak minta duit nafkah isteri yang sepatutnya suami kena berikan juga walau sedikit. Kalau isteri minta belikan barang murah-murahpun ada suami dah mula muka mencuka.
1. Jika isteri dah siapkan minuman, makanan, hidang dah atas meja, kemudian beliau menjemput kita makan, kita pula sibuk dengan telefon, sibuk hal lain lagi, lalu biarkan ia sejuk, maka ini antara punca rezeki lambat masuk.
Mana rezeki yang telah terhidang, santuni rezeki itu sebaik-baiknya.
BACA JUGA :Agar Menjadi Penambah Rezeki Kepada Suami, Inilah 10 Sifat Yang Perlu Diamalkan Isteri.
2. Jika pulang sahaja ke rumah, tiba-tiba anak-anak menerpa, cakap ayah nak itu ayah nak ini, pergi duduk. Cakap seorang demi seorang, cium dahi mereka walau kita tak mampu nak lunaskan setiap satunya, tak boleh marah, tak boleh herdik.
Sabar dan santun dengan anak-anak akan memurahkan rezeki seisi rumah. Allah suka orang yang sabar dengan si kecil yang tidak ada dosa. Bukannya bila anak ingin berbual dengan kita, kita mengherdik mereka jadi inilah punca rezeki lambat masuk.
3. Bangun pagi, jika tidak kejutkan pasangan, kita sahaja yang bersiap dan biarkan isteri masih berdengkur, juga boleh mengurangkan rezeki rumah tangga. Mulalah sana tak cukup, sini rasa nak marah dan sebagainya.
Waktu pagi adalah masa terbaik untuk sama-sama bangkit dan bersyukur kerana masih hidup. Saling kejut dan minta bangun, adalah perbuatan baik menjemput rezeki masuk.
4. Usaha untuk beri wang belanja kepada isteri walau gaji kita masih kecil. Mula dengan RM10, RM50, letak dalam purse mereka. Biarkan ia berputik seperti cinta yang dulunya kecil hari ini sudah beranak 6.
Zaman ini memang era orang perempuan gajinya lebih besar, namun usaha memberi nafkah itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki. Bila suami kedekut sebab fikir isteri ada gaji sendiri memang rezeki lambat masuk lah!
5. Banyak-banyak bergurau dari marah. Tengok balik dalam rumah tangga semua. Banyak jenaka atau banyak sedih. Jika banyaknya ketawa, senyum dah gembira, itu tanda rezeki mahu masuk ke dalam rumah kita.
Namun jika orang di dalam rumah itu sering marah, sering tidak suka itu ini, sering hatinya tidak bahagia, mana ada makhluk mahu bertandang, termasuklah REZEKI
BACA JUGA: Orang Tua Kita Adalah Kunci Kepada Pintu Rezeki Kita, Jangan Lupa Dan Abaikan Mereka!
Sumber : Kataustaz.com