Komoros ini Pulau Bulan Islam di Afrika
12 Sep 2020Kenapa Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Dengan Ibu?
13 Sep 2020Pada masa-masa seperti ini, kebanyakan kita mungkin tertekan kerana wabak global yang semakin menular dan arahan supaya duduk di rumah. Kita mula merasakan bahawa jadual kita semakin padat dan lebih tertekan daripada hari-hari biasa.
Bagi anda yang bekerja dari rumah mungkin berasakan diri anda lebih sibuk kerana terpaksa mengambil masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan pekerjaan kerana tidak berada di tempat kerja. Faktor ahli keluarga yang berada di rumah juga menyumbang kepada perasaan seolah-olah hari-hari anda bertambah sibuk.
Meski betapa penting sekali pun meluangkan masa untuk berehat – seperti yang disarankan dalam Islam – namun anda hendaklah memahami bahawa terlalu banyak masa lapang juga boleh memudaratkan, jadi bersyukurlah jika anda masih mempunyai jadual yang padat.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Surah Al Baqarah, ayat 216)
Bersyukurlah mempunyai jadual yang padat kerana masa lapang kadang-kadang membuatkan anda terlalu memikirkan kesusahan yang sedang dihadapi. Anda sentiasa berada dalam kegelisahan. Masa lapang sering kali mewujudkan ruang untuk anda memikirkan kesusahan sekali gus mencabar kestabilan emosi dan kesihatan. Justeru, setiap kali anda berasa tertekan terhadap jadual yang padat, ingatlah bahawa masa yang lapang juga tidak semestinya baik.
Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.”(Surah Al Anfaal, ayat 30)
Sekiranya anda berada di samping ahli keluarga dengan lebih kerap, maka berusahalah melihat kebaikan dalam hal ini serta kesan positifnya. Meluangkan masa bersembang bersama ahli keluarga dapat membantu anda untuk tidak berasa sunyi dan tertekan. Ketahuilah bahawa ada dalam kalangan kita yang ingin berada di samping ahli keluarga mereka tetapi tidak kesampaian, atas sebab-sebab tertentu.
Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Walau seberapa padat sekalipun jadual harian, anda hendaklah berusaha sebaik mungkin untuk menjadualkan diri agar menunaikan solat – dan bukan sebaliknya. Meletakkan hal ini di tempatnya akan memudahkan anda mewujudkan kepentingan solat dalam hati sekali gus cenderung untuk lebih fokus ketika menunaikan solat, berbanding menunaikan solat dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak menumpu perhatian.
Perkara ini akan membantu anda berasa lebih tenang dan mengelakkan diri daripada terbeban dengan tanggungjawab.
Sumber : Salam Web Today