Berbuat baik dengan jiran kita tuntutan Allah SWT : Pena Hijau

Berbuat baik dengan jiran kita tuntutan Allah SWT

TSDrNoorHisham-Sept20
Tan Sri Dr. Noor Hisham dan bidang kesihatan Malaysia
27 Sep 2020
dreamstime_s_90689642
Manusia, perasaan dan kehidupan, anugerah oleh Allah SWT
28 Sep 2020
TSDrNoorHisham-Sept20
Tan Sri Dr. Noor Hisham dan bidang kesihatan Malaysia
27 Sep 2020
dreamstime_s_90689642
Manusia, perasaan dan kehidupan, anugerah oleh Allah SWT
28 Sep 2020
dreamstime_s_179933523
icon follow us

Berbuat baik dengan jiran kita tuntutan Allah SWT | Islam mengajar kita bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah SWT tetapi juga memelihara hubungan sesama manusia agar kehidupan ini lebih sejahtera dan harmoni. Jiran adalah orang yang paling hampir dengan kita terutama untuk meminta bantuan dan berkongsi suka duka mengenai hal-hal keluarga.

Agama Islam mengambil berat akan perkara berkaitan kejiranan.  Sepertimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 36 :

وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًۭٔا ۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًۭا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَـٰنُكُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًۭا فَخُورًا ٣٦

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;”

Berbuat baik kepada jiran adalah tuntutan yang datang daripada al-Quran. Allah SWT mengikat ayat tuntutan untuk berlaku baik kepada jiran dengan ayat tuntutan agar menyembah Allah tanpa melakukan syirik kepada-Nya.

Ini menunjukkan tuntutan berlaku baik kepada jiran merupakan satu tuntutan yang besar sepertimana tuntutan agar menyembah Allah SWT. Hukuman berat akan diberikan kepada mereka yang suka menyakiti hati jiran.

Hal ini diingatkan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis Baginda yang menyeru berbuat baik kepada jiran tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Di antara hadis tersebut adalah :

Daripada Abi Syuraih r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.”

(Hadis riwayat Muslim 77)

Menurut Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda :

“Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku.”

(HR al-Bukhari 6015)

Beberapa adap berjiran perlu diamalkan supaya hidup kita menjadi lebih harmoni, bahagia dan tenteram tanpa persengketaan dan bermasam muka.  Pentingnya hak jiran di sisi Tuhan sehingga disebut Allah SWT dalam al-Quran.

Kita hendaklah menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati jiran sebagai manusia. Tidak bersikap takbur dan sentiasa berbuat baik dengan memberi sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.  Sayangi jiran sepertimana kita menyayangi diri sendiri.

Kita berkongsi juadah enak, menziarahi mereka ketika sakit dan bersangka baik dengan tidak melakukan umpatan atau fitnah. Sentiasa bertoleransi terutama yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan sebagainya.

Hari ini semangat kejiranan semakin pudar kerana masing-masing tidak cukup masa untuk melakukan aktiviti kejiranan secara bersama. Pergi kerja seawal subuh dan kembali semula ke rumah ketika matahari sudah terbenam di ufuknya. Kita tidak menyalahi mereka kerana itulah gaya hidup masyarakat hari ini.

Pada cuti hujung minggu atau cuti umum, adakalanya jiran kita juga bekerja sehingga kita tidak begitu mengenali mereka secara dekat. Namun sekiranya kita berkesempatan bertembung dengan jiran, tegurlah dahulu supaya silaturahim itu dapat dieratkan.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan melakukan kebaikan kepada jiran.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Berbuat baik dengan jiran kita tuntutan Allah SWT
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more