Manusia, perasaan dan kehidupan, anugerah oleh Allah SWT : Pena Hijau

Manusia, perasaan dan kehidupan, anugerah oleh Allah SWT

dreamstime_s_179933523
Berbuat baik dengan jiran kita tuntutan Allah SWT
27 Sep 2020
Patutlah Puas Berleter Pun Anak-anak Tetap Buat Perangai, Ini Sebabnya!
Patutlah Puas Berleter Pun Anak-anak Tetap Buat Perangai, Ini Sebabnya!
29 Sep 2020
dreamstime_s_179933523
Berbuat baik dengan jiran kita tuntutan Allah SWT
27 Sep 2020
Patutlah Puas Berleter Pun Anak-anak Tetap Buat Perangai, Ini Sebabnya!
Patutlah Puas Berleter Pun Anak-anak Tetap Buat Perangai, Ini Sebabnya!
29 Sep 2020
dreamstime_s_90689642
icon follow us

Pernahkan anda ditipu oleh scammer, skim cepat kaya, perniagaan dalam talian atau sebagainya? Sudah tentu pelbagai perasaan akan bercampur baur dalam diri anda; marah, sedih, bingung, menyesal dan lain-lain perasaan yang negatif lagi memenatkan seluruh jasmani dan rohani anda, apatah lagi sekiranya berlaku kehilangan harta atau wang yang banyak.

Atau pernahkah anda ditinggalkan oleh insan yang sangat anda cintai? Tatkala anda begitu menyintainya dengan sepenuh hati dan memberikan segala yang terbaik untuk menghalalkan dirinya, tiba-tiba insan tersebut berlalu pergi begitu sahaja, tanpa memberitahu anda walau sepatah sebab atas tindakannya itu.

Sudah tentu anda akan merasa kesakitan yang teramat, terutamanya di sudut hati yang paling dalam. Episod-episod memori indah yang dibina sejak sekian lama dan janji-janji manis yang termeterai, pasti akan berlegar-legar dalam kotak fikiran anda seakan-akan ia akan kekal tinggal di situ selamanya.

Sudah tentu, pengakhiran segala perasaan yang bercampur baur itu ialah putus asa. Anda merasakan bahawa anda tidak mahu berbuat apa-apa, kerana anda sudah kehilangan sebab untuk berbuat apa-apa. Kehilangan ‘sebab’ itulah yang mencipta perasaan putus asa.

Anda merasakan seakan-akan lebih elok jika kehidupan ini berakhir begitu sahaja. Tidak perlu lagilah untuk anda terus-menerus merasai rasa ‘kosong’ dan putus asa ini sekiranya anda tidak lagi hidup, kerana hanya orang hidup sahaja yang merasai kesakitan dan penderitaan.

Perasaan ‘kosong’ dan putus asa ini secara normalnya dirasai oleh semua manusia, kerana manusia itu memang diciptakan dalam keadaan lemah sebagaimana firman Allah dalam ayat ke-28 surah an-Nisa’ yang bermaksud: “…kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.”

Walau bagaimanapun, ia bukanlah alasan untuk seseorang itu terus berasa lemah dek ke’kosong’an yang mengisi kehidupannya, kerana manusia itu juga diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-4, surah At-Tin. Bangkit daripada kesedihan, mencari kekuatan dan mencipta ‘sebab’ untuk terus hidup merupakan antara ciri bentuk manusia yang sebaik-baiknya.

Amatlah menyedihkan bagi sesiapa yang tegar mengakhiri kehidupannya sendiri, ketika mana kehidupannya itu merupakan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai, untuk dirinya memulai perjalanan menuju kebahagiaan yang abadi. Hakikatnya perjalanan kehidupan masih panjang, dan masih banyak lagi keindahan-keindahan lebuhraya kehidupan yang belum dilalui lagi.

Jika anda ditipu sehingga menyebabkan anda kehilangan harta yang disayangi atau kerugian wang, jangan sesekali anda lupa bahawa ia tetap boleh dicari walau sesukar mana. Jika anda ditinggalkan oleh insan yang sangat dicintai, jangan sesekali anda lupa bahawa bunga bukan sekuntum dan kumbang bukannya seekor.

Namun, jika anda kehilangan kehidupan atau meninggalkan sebab untuk terus hidup, ketahuilah bahawa sesungguhnya anda tidak akan punya peluang kedua untuk memperolehinya lagi.

Dalam sakit perit penderitaan anda, renungkanlah sejenak. Dalam satu nikmat Allah SWT yang ditarik, adakah banyak nikmat yang juga mengikutinya? Dalam kehilangan harta atau kerugian wang, anda masih punya rumah untuk berteduh. Dalam keseorangan ditinggalkan tanpa sepatah kata, anda masih punya keluarga yang sangat menyayangi anda.

Sesungguhnya, kekosongan yang datang mengisi kehidupan hanyalah sementara, sedangkan kehidupan di dunia masih panjang sebelum pulang ke kehidupan yang abadi. Walau sesukar mana halangan yang anda hadapi sehingga jatuh terjelepuk, maka bangunlah dan teruslah kehidupan. Kerana kehidupan tetap perlu diteruskan selagi Malaikat Izrail belum hadir menjemput pergi.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Manusia, perasaan dan kehidupan, anugerah oleh Allah SWT
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more