Takwa nilai ukuran kemuliaan di sisi Allah SWT : Pena Hijau

Takwa nilai ukuran kemuliaan di sisi Allah SWT

dreamstime_s_57975368
Kelebihan mengamalkan ‘Basmalah’ dalam kehidupan
25 Oct 2020
dreamstime_s_115737445
Perubatan Islam – berlandaskan syarak, tawakal kepada Allah SWT
27 Oct 2020
dreamstime_s_57975368
Kelebihan mengamalkan ‘Basmalah’ dalam kehidupan
25 Oct 2020
dreamstime_s_115737445
Perubatan Islam – berlandaskan syarak, tawakal kepada Allah SWT
27 Oct 2020
dreamstime_s_118990220
icon follow us

Takwa nilai ukuran kemuliaan di sisi Allah SWT – setiap insan pastinya menyukai kemuliaan dan tidak ada yang menyukai kehinaan. Walaupun kemuliaan itu sendiri adalah berbeza-beza maknanya daripada satu individu dengan individu yang lain, yang pastinya semua orang cintakan kemuliaan.

Kemuliaan insan merupakan rahmat Allah SWT kepada semua umat manusia tanpa bersyarat, sebagai hak semulajadi yang mutlak bagi setiap seorang dari mereka.

Ironinya demi mendapatkan kemuliaan, ada segelintir insan sanggup melakukan perkara-perkara yang hina dan ditegah oleh agama. Ada yang sanggup menipu, merasuah, menyihir dan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya asalkan kemahuannya tercapai.

Rasulullah SAW telah mendidik dan menerapkan dalam diri para sahabat bahawa kemuliaan sebenar dalam Islam adalah melalui iman dan takwa. Bukannya berdasarkan harta dan kedudukan. Malah kedatangan Islam telah membuktikan perkara ini dengan penerimaan Bilal, seorang hamba. Juga mengangkat martabat wanita yang sebelum ini dipinggirkan dalam masyarakat.

Namun, zaman kini demi kemuliaan di mata masyarakat dan pengikut, ramai yang sanggup menipu kelulusan, membeli pangkat dan kedudukan demi meletakkan mereka sebagai orang yang mulia di mata masyarakat. Penipuan kelulusan dan pembelian pangkat telah menidakkan hak orang lain yang lebih layak untuk menjawat sesuatu jawatan.

Lebih menyedihkan, kelulusan pendidikan ditipu demi mendapatkan kepercayaan orang untuk mengikuti kelas-kelas yang dijalankan pihak terbabit atas alasan untuk memajukan anak bangsa.

Apakah ada suatu kemuliaan yang lebih tinggi daripada kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah SWT sendiri? Apakah syarat utama takwa yang menjadi nilai ukuran utama kemuliaan di sisi Allah. Jawapannya ialah beriman dengan-Nya, hari Akhirat, beriman dengan kandungan al-Quran dan sifat-sifat takwa lain yang terkandung di dalam al-Quran mahupun hadis Rasulullah SAW.

Pendek kata, takwa hanya mampu diraih oleh orang yang mempunyai syarat paling asas iaitu seorang Muslim. Mustahil orang kafir dan mensyirikkan Allah SWT itu menjadi orang yang bertakwa dan meraih kemuliaan Allah.

Jelas sekali, jika kita membuat perbandingan antara orang kafir dengan orang Islam yang mampu meraih takwa adalah hanya orang Islam. Bahkan, orang kafir tidak sekali-kali mampu meraih takwa kerana mereka tidak mempunyai syarat paling asas iaitu keimanan kepada Allah SWT.

Hendak menjadi mulia di sisi Allah SWT? Sama-samalah kita bertakwa kepada-Nya.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Takwa nilai ukuran kemuliaan di sisi Allah SWT
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more