Akhlak bercakap benar dan melakukan perkara yang baik : Pena Hijau

Akhlak bercakap benar dan melakukan perkara yang baik

5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri, Rugi Kalau Tak Amalkan
5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri, Rugi Kalau Tak Amalkan
9 Nov 2020
felda-new-zealand
Tempat dengan nama yang pelik di Malaysia
9 Nov 2020
5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri, Rugi Kalau Tak Amalkan
5 Pahala Mudah Sebagai Pasangan Suami Dan Isteri, Rugi Kalau Tak Amalkan
9 Nov 2020
felda-new-zealand
Tempat dengan nama yang pelik di Malaysia
9 Nov 2020
dreamstime_s_183510627
icon follow us

Akhlak yang elok bermula dari rumah.  Rumah adalah institusi pembelajaran terbaik untuk membina akhlak mulia dalam diri setiap kita.  Individu yang bertanggungjawab mendidik kita menjadi manusia yang sempurna akhlak dengan nilai-nilai agama sejak kecil adalah ibu dan bapa.

Peranan ibu dan bapa mendidik kita sentiasa bercakap benar akan mewujudkan suasana harmoni di rumah. Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia, dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”

(Surah al-Mukminum, ayat 1 – 6)

Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW di muka bumi ini untuk menjadi penyempurna kepada akhlak-akhlak yang mulia.  Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, Adab al-Mufrad 1:273)

Dalam setiap apa yang kita lakukan, hendaklah sentiasa bercakap benar.  Berbohong adalah perbuatan yang dilarang Allah SWT dan Rasul-Nya.  Bercakap benar hendaklah dijadikan budaya dalam kehidupan supaya mengelakkan diri daripada melakukan maksiat.  Sikap suka berbohong juga adalah sebagai tanda orang yang munafiq.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tanda-tanda bagi seorang munafiq itu ada tiga, jika sekiranya dia berbicara maka dia berdusta, jika sekiranya dia berjanji maka dia mungkir dan jika sekiranya dia diberi amanah, maka dia mengkhianatinya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, 33)

Tidak kita nafikan, dalam sesetengah perkara, ada kalangan kita yang tanpa sedar tidak bercakap benar.  Semua perbuatan buruk kita ditutup oleh lidah.  Meskipun kita telah melakukan kesalahan sebagai contoh, mengambil hak orang lain, namun apabila ditanya, kita sanggup berbohong dan menidakkannya.  Tangan melakukan kesalahan dan lidah menutup dengan tidak bercakap benar.

Kita yakin dan percaya  bahawa setiap daripada kita mahu bertaubat dan berubah melakukan kebaikan.  Walaupun sudah banyak kali dicuba, namun perbuatan yang sudah sebati dalam diri, begitu sukar untuk diubah.  Justeru, bagaimanakah cara untuk kita mahu meluruskan lidah agar sentiasa berkata benar.

Menurut Imam Syafie, terdapat empat perkara yang menjadikan wajah seseorang itu kelihatan kusam atau tidak berseri iaitu:

Betul, apabila kita bercakap benar, kita mungkin akan dimarahi. Namun tidak mengapa, kerana lama-kelamaan ia akan menjadi suatu kebiasaan. Dengan cara itu akan mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga, rakan-rakan, saudara-mara mahupun kepada orang sekeliling.

Apabila ia menjadi budaya dalam diri, maka kita tidak akan sama sekali bercakap bohong. Setiap daripada kita tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Untuk mengaku kesilapan sendiri adalah suatu hal yang sangat berat.

Justeru, hargailah mereka yang jujur dan bercakap benar walaupun apabila melakukan kesilapan. Semoga kita istiqamah dalam melakukan perkara yang baik.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Akhlak bercakap benar dan melakukan perkara yang baik
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more