Peristiwa Isra’ dan Mi’raj Penghayatan Sepanjang Zaman
25 Feb 2022Islam dan Kebersihan. Apakah Peranan Kita?
4 Mar 2022Jasmani kita ini bersifat sementara atau fana yang akan binasa, tidak kekal lama seumpama seketul daging yang jika dibiarkan akan menjadi buruk dan busuk. Tubuh jasmani kita hanya hidup sementara kita masih lagi ada nyawa. Maka keperluan-keperluan untuk memenuhi kehendak-kehendak jasmani juga bersifat sementara.
Berbeza dengan rohani, ia bersifat akan terus hidup walaupun jasmani sudah mati. Oleh itu, keperluan bagi rohani lebih penting dari keperluan jasmani yang kita miliki sekarang. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya dalam tubuh seseorang itu ada seketul daging, jika baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika buruk maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati”
Hati ini lah tempat rohani tinggal dan menumpang di dalam tubuh jasmani kita. Jika hati baik, maka baiklah perangai seseorang itu dan jika hati buruk maka buruklah perangai seseorang itu.
Namun, sedar atau tidak, kita masih lagi pentingkan keperluan jasmani daripada keperluan rohani. Sedangkan kita sudah maklum bahawa rohani perlukan bekalan untuk menghadapi masa yang kekal selamanya berbanding dengan jasmani yang hanya perlu untuk kehidupan yang fana ini.
Oleh itu, mari lah kita sama-sama mengisi bekal rohani kita dan memberi orang lain makan makanan rohani dengan berkongsi ilmu-ilmu yang memberi manfaat untuk rohani. Alangkah besar jasa orang yang memberi makan dan bekalan rohani yang akan hidup selamanya dengan izin Allah.
Tetapi jangan lah kita langsung mengabaikan keperluan jasmani. Tanpa makanan dan lain-lain keperluan jasmani, kita tidak akan bertenaga untukmencari keperluan rohani dan beribadah kepada Allah. Jasmani dan rohani saling melengkapi antara satu sama lain. Cuma tujuan kita mestilah tertumpu kepada pengisian rohani kerana di akhirat sanalah kita akan kekal hidup selamanya.