Berpuasalah Dengan Seluruh Anggota : Pena Hijau

Berpuasalah Dengan Seluruh Anggota

persediaan ramadhan
Persediaan Menyambut Ramadhan
25 Mar 2022
al quran
Rahsia Di Sebalik Nuzul Al-Quran
15 Apr 2022
persediaan ramadhan
Persediaan Menyambut Ramadhan
25 Mar 2022
al quran
Rahsia Di Sebalik Nuzul Al-Quran
15 Apr 2022
puasa
icon follow us

Adalah menjadi adab terpenting dalam menjalani ibadah puasa untuk menjaga seluruh anggota dari melakukan dosa dan perkara yang sia-sia.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :

“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berterusan dengan perlakuan tersebut, maka tidak ada nilai di sisi Allah pada dia meninggalkan makan dan minumnya itu”.

(Riwayat al Bukhari)

Bagi menjadikan puasa kita lebih sempurna, marilah kita mengambil panduan daripada perbuatan-perbuatan para sahabat dan tabiin RAnhum. Di antaranya sebagaimana yang disebut oleh Jabir ibn Abdullah RA ; “Apabila engkau berpuasa, maka hendaklah berpuasa juga pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu dari pembohongan dan perkara-perkara haram. Jauhilah menyakiti golongan tertentu. Hendaklah engkau menjaga kehormatan dan ketenangan pada hari puasa engkau. Jangan jadikan hari berbuka dan berpuasa engkau sama sahaja”.

Al Imam al Ghazali dalam kitab “Ihya’ Ulumiddin” membuat satu huraian tentang adab berpuasa, antaranya ;

Pertama : Menunduk pandangan dan menahannya dari terlalu bebas melihat perkara dikutuk dan dibenci syara’. Begitu juga melihat perkara yang boleh mengganggu tumpuan hati atau melalikan dari mengingati Allah.

Kedua : Menjaga lidah dari kata-kata kosong, mengumpat, mengadu domba, perkataan keji, kekasaran, perbalahan dan perdebatan yang tidak berfaedah. Sebaliknya hendaklah dia mendidik lidahnya agar lebih banyak berdiam. memperbanyakan sebutan (zikir) Allah dan membaca al Quran. Inilah puasa lidah.

Ketiga : Mencegah telinga dari menumpukan pendengaran kepada perkara yang dibenci syara’. Kerana kaedahnya ialah semua perkara yang haram mempertuturkannya, maka haram jugalah mendengarnya.

Keempat : Mencegah anggota-anggota lain dari pelakuan dosa dan makruh, terutamanya tangan dan kaki. Perut pula hendaklah dicegah dari perkara syubhat waktu berbuka. Tiada makna jika berpuasa dengan menahan diri dari makanan yang halal kemudian berbuka dengan makanan yang haram. Perumpamaan perbuatan ini seperti seorang yang membina sebuah bangunan namun kemudiannya meruntuhkan satu kota.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya :

“Berapa ramai mereka yang berpuasa sedangkan tiada faedah dari puasanya selain lapar. Berapa ramai orang berqiamullail (menghidupkan malam) sedangkan tiada faedah dari qiamullailnya selain letih berjaga”.

(Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Kelima : Ketika berbuka puasa tidak seharusnya makan terlalu banyak.

Inilah puasa yang sebenar mengikut syariat iaitu bukan setakat menahan diri dari makan dan minum bahkan mengawal seluruh anggota dari pelakuan dosa dan perkara yang sia-sia.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Berpuasalah Dengan Seluruh Anggota
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more