Persediaan Menyambut Ramadhan : Pena Hijau

Persediaan Menyambut Ramadhan

teknologi
Terokai Teknologi, Syukuri Nikmat Allah
17 Mar 2022
puasa
Berpuasalah Dengan Seluruh Anggota
8 Apr 2022
teknologi
Terokai Teknologi, Syukuri Nikmat Allah
17 Mar 2022
puasa
Berpuasalah Dengan Seluruh Anggota
8 Apr 2022
persediaan ramadhan
icon follow us

Bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi (Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan). Bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Berikut beberapa persediaan bagi mengharungi bulan Ramadan pada tahun ini :

Pertama : Memohon pertolongan dan bantuan Allah agar diberi kekuatan untuk kuat beribadat.

Nabi SAW mengajar Muaz ibn Jabal RA sebuah doa untuk diamalkan setiap kali selesai solat :

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Ya Allah! Bantulah aku untuk berzikir, bersyukur dan memperelokkan ibadat kepadamu”

(Riwayat Abu Dawud)

Inilah rahsia mukmin yang kuat, iaitu pada bantuan dan pertolongan Allah kepadanya, setelah dia sentiasa memohon demikian. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

Mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari mukmin yang lemah. Pada keduanya tetap ada kebaikan. Usahakan dengan bersungguh untuk mendapatkan segala yang membawa manfaat untuk dirimu. Mohonlah pertolongan dari Allah swt dan jangan sesekali merasa lemah.

(Riwayat Muslim)

Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara sempurna dan terbaik pada bulan itu, sama ada puasa, solat, tilawah Al-Quran, zikir, iktikaf, bersedekah, berkebajikan dan sebagainya.

Kedua : Bersyukur kepada Allah swt atas kurniaan Ramadan.

Di antara anugerah nikmat terbesar Allah SWT kepada seorang hamba apabila mampu melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wa afiat, kita hendaklah bersyukur dengan memuji Allah dan menzahirkan kegembiraan atas anugerah tersebut. Bergembiralah dengan kedatangan Ramadan sebagai bulan anugerah al-Quran dan melaksanakan rukun Islam. Firman Allah swt dalam Surah Yunus ayat 58 :

قُلْ بِفَضْلِ ٱللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِۦ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا۟ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”

Ketiga : Bertaubat dari segala dosa dan meninggalkan tabiat buruk.

Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih kepada Allah SWT dengan taubat yang sebenar-benarnya. Taubat adalah langkah pertama untuk meraih ketaqwaan. Firman Allah SWT dalam Surah Âl-`Imrân, ayat 133 :

وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”

Keempat : Mempelajari hukum-hakam ibadat puasa dan semua amalan di bulan Ramadan.

Wajib bagi setiap mukmin yang mukallaf mempelajari ilmu dan hukum berpuasa fardhu sebelum datangnya Ramadan agar puasa kita benar-benar sah dan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Hadirilah majlis ilmu yang membincangkan tentang keutamaan, hukum dan hikmah puasa.

Kelima : Merancang aktiviti dan jadual harian sepanjang bulan Ramadan.

Tempoh Ramadan yang hanya sebulan, hendaklah diisi dengan amalan yang dapat membersih dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Sesiapa yang benar-benar ikhlas kepada Allah SWT, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan perancangan dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

(Surah Al-Ankabut : 69)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Persediaan Menyambut Ramadhan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more