Penglibatan Pertama Alya Dalam Pertandingan Membaca : Pena Hijau

Penglibatan Pertama Alya Dalam Pertandingan Membaca

umrah
Umrah, Mimpi Jadi Realiti
15 Mar 2022
alya vaksinasi covid19
Pengalaman Pertama Alya Vaksinasi Covid19
15 Apr 2022
umrah
Umrah, Mimpi Jadi Realiti
15 Mar 2022
alya vaksinasi covid19
Pengalaman Pertama Alya Vaksinasi Covid19
15 Apr 2022
pertandingan
icon follow us

Tahun lepas, pihak sekolah ada buat Pertandingan Saya Baca, Saya Kongsi. Antara syaratnya :

  1. Murid membaca sisipan cerita
  2. Murid tidak perlu menghafal
  3. Sisipan bahan bacaan boleh ditayangkan pada skrin atau mana-mana tempat bagi membantu peserta membaca cerita semasa sesi rakaman video
  4. Gaya membaca adalah bebas dan menarik bergantung pada kreativiti
  5. Gaya seperti pertandingan bercerita juga boleh dilakukan
  6. Penekanan terhadap kelancaran bacaan, sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai dengan cerita
  7. Pakaian adalah bebas dan sopan
  8. Kesantunan dan penampilan dititikberatkan
  9. Tiada gangguan semasa rakaman

So Alya pun berminatlah nak cuba masuk buat kali pertama. Si Abi pun carilah beberapa buku yang dah dibeli untuk dibaca Alya dulu. Belek punya belek setiap halaman, jumpalah tajuk ni. Si Abi ni pun taip lah balik dalam MS Powerpoint guna tulisan besar-besar.

pertandingan membaca

Hasilnya boleh lihat dalam video di bawah. Harap maaf, kualiti video dan audio kurang memuaskan. Tapi takpe… skrip cerita ada kat bawah. Alhamdulillah… dapatlah tempat kelima (saguhati) daripada pihak sekolah. 😀

Skrip cerita :

Bismillahir Rahmanir Rahim…​

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh​

Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk​ “Orang yang banyak membaca Bismillah”​

Pada suatu masa dahulu, tinggal sepasang suami isteri yang hidup bahagia.​ Si suami seorang yang fasik dan ingkar akan perintah Allah. Namun begitu, si isteri seorang yang solehah dan taat pada perintah Allah.​ Si isteri selalu menasihati suaminya supaya beribadat kepada Allah tetapi tidak diendahkan oleh si suami.​ Malahan, perkara yang lebih menyakitkan hati si suami adalah tabiat isterinya yang sering membaca bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu perkara.​

Dia sering mengejek isterinya,​ “Asyik-asyik bismillah! Bismillah, bismillah!”​ Ejek si suami. ​Si isteri hanya diam, sabar dan berdoa kepada Allah agar suaminya diberi hidayah.​

Pada suatu hari, si suami merancang untuk mengenakan isterinya supaya dia meninggalkan amalan membaca bismillah.​ Dia memberi sejumlah wang kepada isterinya untuk di simpan di suatu tempat. Ketika isterinya tiada, si suami pun mengambil kesemua wang itu lalu dibuang ke dalam telaga.​

Beberapa hari kemudian, si suami meminta wang daripada isterinya. Si isteri membuka tempat simpanan wang itu sambil membaca bismillah. ​Si isteri mengeluarkan wang itu lalu diserahkan kepada suaminya.​

Si suami berasa sangat terkejut dengan keajaiban yang berlaku. Bermula dari saat itu, dia telah bertaubat kepada Allah.​

Pengajaran daripada kisah ini, kita hendaklah sentiasa membaca bismillah sebelum melakukan sesuatu perkara agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT.​

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.​

 

p/s : Mana-mana yang nak cari bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak, boleh la singgah kedai online kami sama ada di sini, laman JomShopping, shopee atau lazada.

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Penglibatan Pertama Alya Dalam Pertandingan Membaca
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more