Al-Quranul Karim Bukan Sekadar Untuk Dibaca : Pena Hijau

Al-Quranul Karim Bukan Sekadar Untuk Dibaca

ANE 20230331 jasmani dan rohani
Ramadhan Menyucikan Jasmani Dan Rohani
31 Mar 2023
malam lailatul qadar
Menggapai Lailatul Qadar
13 Apr 2023
ANE 20230331 jasmani dan rohani
Ramadhan Menyucikan Jasmani Dan Rohani
31 Mar 2023
malam lailatul qadar
Menggapai Lailatul Qadar
13 Apr 2023
al quran
icon follow us

Bulan Ramadhan merupakan bulan penurunan al-Quranul karim, bulan di mana umat Islam memperuntukkan masa untuk bertadarus al-Quran sebanyak mungkin, kerana mendambakan pahala yang berlipat kali ganda.

Pada masa yang sama, kita sewajarnya berusaha untuk mentadabbur, kerana itulah antara tujuan penurunan al-Quran, iaitu untuk diambil iktibar dan seterusnya diamalkan isi kandungannya.

Firman Allah SWT dalam Surah Sad ayat 29 :

كِتَـٰبٌ أَنزَلْنَـٰهُ إِلَيْكَ مُبَـٰرَكٌۭ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ ٢٩

Maksudnya : Inilah Kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan keberkatan, untuk mereka perhatikan ayat-ayatnya, dan agar orang yang berakal mengambil iktibar

Tadabbur al-Quran bertujuan untuk menyedarkan atau menghidupkan hati agar khusyuk ketika meneliti makna al-Quran. Hati boleh menjadi bergetar sehingga menimbulkan rasa takut dan boleh menjadi tenang sehingga timbul perasaan gembira ketika membaca al-Quran. Itulah cahaya hidayah yang dikurniakan Allah SWT melalui kata-kata-Nya yang Maha Mulia.

Allah SWT memberi amaran kepada mereka yang tidak bertadabbur dengan al-Quran sebagaimana firman Allah dalam ayat 24, Surah Muhammad :

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ ٢٤

Maksudnya : Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Qur’an? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup?

Mereka yang tidak berusaha untuk bertadabbur dengan al-Qur’an, hati mereka seperti terkunci untuk mendapat kebenaran, kerana tidak mengetahui dan memahami kehendak isi kandungan al-Quran.

Antara kelebihan mentadabbur al-Qur’an ialah :

1) Menyatukan Hati dan Fikiran ketika bertadarus

Hati dan fikiran akan bersatu apabila al-Quranul karim dibaca dengan meneliti dan memahami makna kandungannya. Kata-kata Allah yang mulia ini akan menyentuh hati dan fikiran kita kerana kitab ini diturunkan untuk memberi teguran kepada manusia.

2) Menambahkan Keimanan dan Ketaqwaan

Firman Allah SWT dalam ayat 2 Surah al-Anfal :

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَـٰنًۭا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ٢

Maksudnya : Sesungguhnya orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

3) Menangis kerana takut kepada Allah

Firman Allah SWT ayat 83 Surah al-Maidah :

وَإِذَا سَمِعُوا۟ مَآ أُنزِلَ إِلَى ٱلرَّسُولِ تَرَىٰٓ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا۟ مِنَ ٱلْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱكْتُبْنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ ٨٣

Maksudnya : Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang mereka ketahui. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman. Oleh itu tetapkanlah kami bersama orang yang menjadi saksi.

4) Gementar dengan Kemurkaan Allah

Apabila seseorang membaca al-Quran secara bertadabbur, hatinya akan bergetar dan berasa takut akan azab dan kemurkaan Allah. Kesan daripada perasaan itu, dia akan sentiasa berasa takut untuk melakukan apa jua yang dilarang Allah SWT.

5) Bergembira dengan janji Allah

Apabila seseorang membaca al-Quran secara bertadabbur, hati mereka akan bahagia terhibur dan gembira dengan setiap janji yang Allah sebutkan. Ini kerana janji yang disebutkan bukanlah kegembiraan yang sementara, bahkan ia merupakan kebahagiaan yang kekal abadi di dalam syurga Allah SWT.

Kesimpulan

Marilah kita mengambil pesanan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Al-Quran ini adalah hidangan Allah. Oleh itu nikmatilah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, penjaga bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyeleweng akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana Dia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan “Alif Laam Miim” itu satu huruf, tetapi “alif” satu huruf, “Laam” satu huruf dan “Miim” satu huruf.”

(Hadis Riwayat al-Hakim)

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ١٨٥

Maksudnya : Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah). Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka) maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang tinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Al-Quranul Karim Bukan Sekadar Untuk Dibaca
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more