Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) : Pena Hijau

Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Segamat, Johor
30 Nov 2010
Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB)
30 Nov 2010
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Segamat, Johor
30 Nov 2010
Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB)
30 Nov 2010
icon follow us

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

Pegawai Tadbir N41 (Sementara)

Tarikh tutup permohonan adalah 15 Disember 2010 jam 5 petang.

CARA-CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan melayari laman web MQA mulai 1 Disember jam 10.00 pagi. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak Agensi Kelayakan Malaysia dan permohonan secara pos tidak akan diterima. Setiap permohonan yang dikemukakan akan ditapis dan hanya calon yang melepasi tapisan pemilihan akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan surat.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
PERMOHONAN YANG DITOLAK

  1. Mengemukakan permohonan selepas tarikh tutup permohonan. Tarikh tutup permohonan adalah 15 Disember 2010 jam 5 petang.
  2. Tidak memenuhi syarat permohonan jawatan yang ditetapkan dalam iklan.
  3. Tidak mengemukakan maklumat berkaitan permohonan jawatan dengan tepat dan lengkap.
  4. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan.

CATATAN AM

  • Hanya calon yang melepasi tapisan yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  • Calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon.
  • Pertimbangan pemilihan calon untuk lantikan tetap adalah tertakluk kepada prosedur pelantikan di MQA. Ini bermakna calon yang dilantik secara sementara tidak dilantik ke jawatan tetap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan.
  • Sekiranya di antara maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak Agensi Kelayakan Malaysia berhak membatalkan pelantikan calon.
  • Keputusan pemilihan calon oleh Agensi Kelayakan Malaysia adalah muktamad.

BORANG PERMOHONAN
PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-7968 5512/2232 atau 03-7954 1852 . Pertanyaan berkaitan dengan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-7968 2236. Meja bantuan bagi urusan ini beroperasi setiap hari mulai 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more