Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris : Pena Hijau

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia
4 Feb 2011
Jawatan Kosong di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor
7 Feb 2011
Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia
4 Feb 2011
Jawatan Kosong di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor
7 Feb 2011
icon follow us

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan – jawatan bertaraf TETAP seperti tersenarai. Pemohon boleh mengisi secara online bermula 01 Februari 2011 (Selasa)

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK

  1. PEGAWAI PERGIGIAN U47/48
  2. PEGAWAI PERGIGIAN U43/44
  3. PEGAWAI PSIKOLOGI S48
  4. KURATOR S48
  5. PENOLONG JURUAUDIT W27
  6. PELUKIS PELAN J17
  7. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
  8. PEMANDU KENDERAAN R3

SYARAT – SYARAT LANTIKAN
Klik untuk mendapatkan syarat- syarat lantikan bagi setiap jawatan yang ingin dipohon.

PANDUAN PERMOHONAN

  1. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online. SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGISI SECARA ONLINE.
  2. Pastikan anda memperolehi, mencatatkan dan menyimpan nombor ID yang merupakan nombor rujukan permohonan anda.
  3. Pastikan semua butiran maklumat telah lengkap diisi sebelum menekan butang ’apply’.
  4. Pemohon hendaklah mencetak maklumat ID tersebut dan Curriculum Vitae/Resume (CV) pada kertas A4 dan seterusnya mengambil tindakan berikut:
    (a) Melekatkan sekeping gambar berukuran paspot pada cetakan ID.
    (b) Melampirkan salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan dengan kemas dan tersusun
    (c) Pemohon yang merupakan kakitangan UPSI, diminta menghantar dokumen permohonan beserta sekeping surat iringan yang dialamatkan kepada Pendaftar UPSI
    (d) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu melampirkan perakuan permohonan daripada Ketua Jabatan beserta salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini dan salinan Laporan Perkhidmatan.
  5. Cetakan ID, CV / Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat
UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak
Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.

Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 / 6338 / 6339 / 6340 atau e-mel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Februari 2011 (Jumaat)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more