Qardawi penjenayah : Presiden PAS gesa Najib bertaubat

Qardawi penjenayah : Presiden PAS gesa Najib bertaubat

Uji Mata Anda Dengan Ujian Ishihara
25 Feb 2011
Earth Hour is back!
27 Feb 2011
Uji Mata Anda Dengan Ujian Ishihara
25 Feb 2011
Earth Hour is back!
27 Feb 2011
ANE abdul hadi awang
icon follow us

KUALA LUMPUR, 26 Feb : Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu,” cabarnya.

Sumber : HarakahDaily


Antara ucapan Najib dalam satu wawancara di Istanbul, Turki:

  • Najib sebagai menggesa Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dengan keganasan. “(Ikhwanul Muslimin) tidak harus menjadi sebahagian daripada proses selama mereka tidak menolak kekerasan dan ekstremisme.
  • Najib juga dipetik sebagai berkata, wujud kebimbangan terhadap penyokong Ikhwanul Muslim, Yusuf Al-Qardawi. Menurut Najib, ulama itu seolah-olah menyokong kepada keganasan dan menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin Islam di Bumi Timur Tengah sesat.

Sumber : National Review

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Qardawi penjenayah : Presiden PAS gesa Najib bertaubat
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more