Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu : Pena Hijau

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Jawatan Kosong Pustaka Negeri Sarawak
29 Mar 2011
Jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor
29 Mar 2011
Jawatan Kosong Pustaka Negeri Sarawak
29 Mar 2011
Jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor
29 Mar 2011
icon follow us

WARGANEGARA MALAYSIA lelaki dan wanita yang berasal dari  SABAH dan  BERKELAYAKAN,

MATANG serta BERWIBAWA adalah dipelawa memohon jawatan di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu seperti berikut:- 
JAWATAN   : PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
Klasifikasi    : Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman
Kumpulan Perkhidmatan :  Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan   : Sementara 
Jabatan Penempatan  : Jabatan Perundangan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Bilangan Kekosongan  : Satu (1)
Jadual Gaji   : Gred L41
     P1T1 RM1989.45 – P1T24 RM4700.07
     P2T1 RM2085.46 – P2T24 RM4982.51
     P3T1 RM2185.65 – P3T24 RM5274.82 
        
SYARAT-SYARAT LANTIKAN
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  1. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  2. lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); DAN
  3. lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
Calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON

  1. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan DBKK. Borang permohonan tersebut boleh diperolehi di Tingkat Bawah, Bahagian Kaunter, Bangunan Ibu Pejabat DBKK, dengan harga RM2.00 bagi satu set.
  2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran,  Sijil-sijil Kelayakan Akademik, Sijil-sijil berkaitan, dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat  dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-
PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
NO. 1, JALAN BANDARAN
88675 KOTA KINABALU
Atau serahan tangan ke:-
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
TINGKAT 7, BANGUNAN CENTRE POINT SABAH
tidak lewat dari tarikh 08 APRIL 2011.

IKLAN JAWATAN

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Jawatan Kosong di  Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more