Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Design grafik dengan canva
Visual grafik adalah salah satu elemen penting dalam pemasaran. Bukan hanya untuk pemasaran, anda juga boleh menghasilkan visual grafik yang menarik untuk media sosial anda seperti Facebook, Instagram, Twitter, Pinterest dan lain-lain. Jika dahulu, anda perlukan kemahiran yang tinggi untuk membuat grafik menggunakan perisian seperti photoshop, illustrator, coreldraw dan seumpamanya. Kini, sudah ada cara dan tools yang boleh membantu anda menghasilkan grafik yang bagus dengan mudah iaitu Canva.
Canva.com adalah platform reka bentuk grafik yang membolehkan pengguna membuat grafik media sosial, persembahan, poster dan kandungan visual lain. Ia boleh didapati di web (https://www.canva.com/) dan mudah alih atau peranti pintar anda (Buat carian Canva di dalam GooglePlay / App Store).
Pengguna boleh memilih template-template yang sedia ada dan mengeditnya atau bermula dengan yang baru. Platform Canva ini bebas untuk digunakan, dan langganan berbayar seperti Canva Pro dan Canva untuk Enterprise menawarkan fungsi tambahan.
Setelah anda siap mendesign, jangan lupa untuk memberikan nama kepada file anda. Anda boleh memuat turun hasil kerja anda atau terus berkongsi di laman media sosial anda.
Sebagai panduan untuk anda, anda boleh lihat video-video berikut. Selamat berkarya dan berkreativiti.
Video 1 : How to design from scratch
Video 2 : How to create beautiful design in 60 seconds
Video 3 : How to use a template to create unique designs
Video 4 : Publishing your design
Video 5 : How to upload your own photo to Canva
Video 6 : Three quick tips for great design
Video 7 : How to find the right template for your design
Video 8 : How to find free images in Canva