Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson : Pena Hijau

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson

Jawatan Kosong di Institut Perubatan Molekul UKM
10 Mar 2011
Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
10 Mar 2011
Jawatan Kosong di Institut Perubatan Molekul UKM
10 Mar 2011
Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
10 Mar 2011
icon follow us

Majlis Perbandaran Port Dickson
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-
A. JAWATAN, GRED DAN JADUAL GAJI
BIL JAWATAN DAN GRED KUMPULAN PERKHIDMATAN JADUAL GAJI
1. Penolong Jurutera J36 Sokongan P1T1 RM 2733.69 – P1T14 RM 4486.69 P2T1 RM 2946.95 – P2T14 RM 4988.87
2. Penolong Akauntan W32 Sokongan P1T1 RM 2416.06 – P1T13 RM 3595.78 P2T1 RM 2626.30 – P2T13 RM 3914.98
Jadual gaji diatas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Bantuan Sara Hidup dan elaun-elaun lain.
B. SYARAT LANTIKAN
1. PENOLONG JURUTERA GRED J36 – TETAP (1 KEKOSONGAN)
1.1 Penolong Jurutera Gred J29 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Jurutera Gred J36 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W32 – TETAP (1 KEKOSONGAN)
2.1 Penolong Akauntan Gred W27 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Akauntan Gred W32 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
C. KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang layak dibawah peruntukan kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan-jawatan yang berkaitan, hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
D. CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonanyang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Port Dickson atau dengan mengirimkan sampul surat berukuran 22sm x 35sm bersetem 60 sen dan beralamat sendiri.
ii) Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil, surat akuan dan lain-lain dokumen berkaitan yang diakui sah.
iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan hendaklah disertakan bersama.
iv) Nama jawatan hendaklah ditulis dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada :-
Yang Di Pertua
Majlis Perbandaran Port Dickson
Km. 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
E. TARIKH TUTUP : 14 Mac 2011
F. CATATAN AM
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more