Fadhilat amalan Lailatul Qadar : Pena Hijau

Fadhilat amalan Lailatul Qadar

ANE 20130517 kifarah kaffarah
Kifarah & Kaffarah
17 May 2013
Persediaan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
27 Aug 2013

 

Hukum Mencari Malam Lailatul Qadar
Sunat mencari lailatul qadar – Imam Nawawi
Sebab Dinamakan Al-Qadar
Kerana besar kadarnya (pahala)
Fadhilat Malam Al-Qadr 
  • Malam diturunkan Al-Quran
  • Malam yang paling mulia
  • Malaikat dan Jibril naik turun ke bumi
  • Khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW
  • Selamat sepanjang malam
Golongan Yang Tidak Memperolehi Ganjaran Malam Al-Qadr 
  • Orang yang ketagih arak
  • Orang yang menderhaka kedua ibubapa
  • Orang yang memutuskan hubungan silaturrahim
  • Orang musyahin (tidak bertegur melebihi 3 hari)
Antara Tanda Lailatul Qadar
 

“Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruag bagi bintang untuk timbul sehingga subuh dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama”

Hadis riwayat Imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ubadah bin As-Somit
Bilakah Berlaku Lailatul Qadar
Pendapat Imam Syafie dan Jumhur Ulama’
  • Malam ganjil 10 terakhir Ramadhan. Tidak berpindah hari sehingga hari kiamat.
  • Pendapat Sebahagian Ulama (Malam 27 Ramadhan)ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

    Ertinya : “Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

    Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimat. Kalimah “سَلَامٌ هِيَ” (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke 27. Oleh itu beliau menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

    Sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimah Lailatul Qadr terdiri daripada 9 huruf. Dalam surah al-Qadr kalimah Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak 3 kali. maka 9×3=27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

  • Malik, ats-Tsauri, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahwaih, Abu Tsaur, al-Muzani, Abu Bakar bin KhuzaimahMuzani berpendapat Lailatul Qadar itu berpindah-pindah pada sepuluh malam terakhir setiap tahun.
  • Pandangan Fathul Wahhab/Al Imam Al Syairani berpendapatAwal Puasa | Malam Lailatul Qadar
    Jumaat | Malam 29
    Sabtu  | Malam 21
    Ahad | Malam 27
    Isnin  | Malam 29
    Selasa | Malam 25
    Rabu | Malam 27
    Khamis | Malam 21
Jangan Tunggu Peristiwa Ganjil/Khurafat
Sebahagian masyarakat melayu masih berpandangan lailatul qadar wujud bila berlakunya perkara-perkara ganjil. Antaranya pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, air telaga penuh, ada api di antara langit dan bumi dan beberapa perkara ganjil yang lain.
Amalan-Amalan Di Malam Lailatul Qadar 
  • Mambaca Al-Quran
  • Mendirikan Solat
  • Beriktikaf
  • Mendirikan solat Terawih
  • solat tahajjud
  • solat Witir
  • Taubat
  • Zikir/Doa
  • Dan semua perkara baik…
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya :

“Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : ” Sebutlah doa ” Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan”

Wallahu’alam.
P/S : Kejarlah malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan. Bukan hanya pada 1 malam saja. Tak rugi pun. Malah menjadi bekalan untuk kita di akhirat kelak..
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Comments are closed.

Fadhilat amalan Lailatul Qadar
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more