4 Sebab TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT Mungkin Sequel Terakhir & Korang Wajib Tengok! : Pena Hijau

4 Sebab TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT Mungkin Sequel Terakhir & Korang Wajib Tengok!

[QUIZ] Answer These 8 Questions And We’ll Reveal Your Movie Personality
3 Jun 2017
OST Dilwale (2015) – Janam Janam (Forever Forever (Stay with me))
4 Apr 2019
[QUIZ] Answer These 8 Questions And We’ll Reveal Your Movie Personality
3 Jun 2017
OST Dilwale (2015) – Janam Janam (Forever Forever (Stay with me))
4 Apr 2019
icon follow us

Selepas 3 tahun filem TRANSFORMERS menyepi dengan memberikan laluan pengarahnya, Michael Bay menyiapkan penggambaran, akhirnya filem ini bakal menggempakkan pawagam pada tahun ini dengan sequel kelima iaitu TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT.
Tapi, ramai mengatakan ni adalah sequel yang terakhir. Yeke? So, lepas ini dah tak ada lah TRANSFORMERS? Kesian peminat-peminat yang follow dari sequel satu sampai 4, takkan habis macam tu je kot? Jom kita tengok apa sebab-sebabnya…
1. Selepas pelakon utama ditukar…
Kalau korang tengok filem TRANSFORMERS dari sequel pertama iaitu pada tahun 2007 sampai lah sequel ketiga pada tahun 2014, Bay menggunakan pelakon utama yang sama. Shia LaBeouf digandingkan bersama Megan Fox yang dulu memang tengah hot, mesti lah korang nak tengok Megan Fox kan?
Tetapi, untuk sequel keempat iaitu TRANSFORMERS 4: AGE OF EXTINCTION, Bay menukar watak utama kepada Mark Wahlberg yang menjadikan rating dan jumlah kutipan sedikit menurun.
Kutipan filem yang meningkat dari $836.3 million hingga $1.124 billion untuk sequel 1-3, namun turun kepada $1.104 billion untuk sequel keempat. Dari situ kita dapat lihat peminat sedikit kecewa dan minat untuk mengikuti sequel seterusnya juga makin pudar, menjadikan rating jatuh. Bay juga mungkin agak patah hati lalu enggan meneruskan sequel TRANSFORMERS yang seterusnya.
2. Optimus Prime dah jadi jahat
Korang yang fanatik TRANSFORMERS mesti dah tengok trailer TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT kan? Amacam? Menarik tak?
Berdasarkan trailer, kita boleh nampak yang ada perubahan pada karakter Optimus Prime yang mana dulu ia melawan kejahatan bagi pihak manusia. Namun, selepas ia meninggalkan bumi, peperangan berlaku antara TRANSFORMERS dan manusia.
Sekembalinya Optimus Prime, dia pula nak musnahkan dan melawan manusia yang diwakili Bumble Bee. Apa dah jadi? So, lepasni Optimus Prime dah jadi jahat terus ke?
3. Ada kemunculan naga berkepala 3!
Kalau korang rajin baca review filem, nanti akan muncul Dragonstorm dalam TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT. Dragonstorm adalah naga berkepala 3 gabungan 2 Knights Of Cybertron, Dragonicus dan Stormreign. Wah! Mesti korang excited kan?
Lepas itu, ada lagi satu naga Steelbane, kesatria Cybertronian yang bertukar menjadi mekanikal wyvern. Mesti best ni!
4. Ini TRANSFORMERS arahan terakhir Michael Bay
Selepas mengarah 4 sequel TRANSFORMERS, Bay mungkin dah penat dan merancang untuk buat filem lain kan? Biasa lah, pengarah pun nak cari mood baru. Dia pun dah confirm yang ini adalah sequel terakhir, tapi kalau Paramount tak dapat cari penggantinya dan fans TRANSFORMERS pun asyik minta Bay sambung mengarah, mungkin beliau akan sambung. Apa kata korang?
Jangan lupa tonton TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT 22 Jun ni!
Walaupun TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT adalah yang terakhir, jangan lupa untuk tonton filem yang bakal pecah panggung arahan Michael Bay ini. Ia akan mula ditayangkan 22 Jun di semua pawagam seluruh Malaysia. Make sure filem ni dapat sambutan hangat dan naikkan semula rating. Mesti Michael Bay akan sambung mengarah sequel seterusnya!
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

4 Sebab TRANSFORMERS 5: THE LAST KNIGHT Mungkin Sequel Terakhir & Korang Wajib Tengok!
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more