Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
1812 : Tengahari tadi ayah dapat bagi respon yang baik. Ayah dapat angguk2 kepala sikit bila mak cakap sesuatu dengan ayah. Tapi petang ni, keadaan ayah.. cara ayah bernafas tidak berapa baik semacam keadaan orang yang menghidap lelah.
Di akhir masa lawatan petang ni, Syafiq, anak ayah yang ke-empat dengan senyap-senyap bawa masuk Aufa, cucu kedua ayah untuk ayah tengok agar dapat bagi semangat untuk ayah sembuh. Semoga ayah cepat sembuh…
Sabtu
11 Safar 1440H / 20 Okt 2018