Qanaah
3 Apr 2019Senarai Tazkirah Ramadhan 1440H
3 Jun 2019يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah : 183)
Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia. Selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu…”
(Riwayat Muslim)
Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud:
“Malam Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan yang lain”
Maka berikut adalah panduan dalam menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan 1440H. Semoga ianya berguna dan bermanfaat untuk kita semua.