Niat Puasa Ramadhan Dan Cara Melakukan Solat Terawih : Pena Hijau

Niat Puasa Ramadhan Dan Cara Melakukan Solat Terawih

Musibah Sebagai Kebaikan
17 Apr 2020
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1441H / 2020M Negeri Selangor Dan Kuala Lumpur
24 Apr 2020
Musibah Sebagai Kebaikan
17 Apr 2020
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1441H / 2020M Negeri Selangor Dan Kuala Lumpur
24 Apr 2020
icon follow us

Niat Puasa Ramadhan Dan Cara Melakukan Solat Terawih. Hari Jumaat yang mulia esok kita akan menyambut bulan mulia Ramadhan. Mari Niat Puasa Ramadhan bersama-sama Dan jangan lupa bangun sahur malam ni tau. Semoga ibadah puasa kita semua diterima oleh Allah. Sini mama nak share Niat Puasa Ramadhan Dan Cara Melakukan Solat Terawih.

Post ni juga adalah post lama mama. Mama saja up balik utk remind diri mama. Boleh kita baca sama-sama.

Niat Puasa Ramadhan Dan Niat Buka Puasa

Jom kita berniat puasa Ramadhan sama2. Selamat beribadat semua

Niat Puasa Dan Niat berbuka Puasa
Niat Puasa Harian

Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala

Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini keran aAllah taala

Niat Puasa Sebulan: 

Nawaitu sauma syahri ramadhana kullihi lillahi taala

Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan seluruhnya kerana Allah taala

Doa buka puasa

Allahumma lakasumtu wabika aamantu wa’alarizqika afthort birohmatikaya ar hamarrahimin

Cara Melakukan Solat Terawih

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.

Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Mari sama-sama refresh cara melakukan solat terawih. Walaupun solat di umah saja tapi masih boleh dilakukan berjemaah bersama keluarga Dan rakan-rakan..

Niat Solat Sunat Terawih

● Niatnya solat seorang (tidak berjemaah) :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” 

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

Zikir memulakan dan antara  Solat Terawih

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Bacaan Zikir Dan doa selepas  Solat Terawih

Solat Sunat Witir

 Niat Solat Witir
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat (sembahyang seorang, tidak berjemaah)
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat (sembahyang seorang, tidak berjemaah)
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”

Bacaan sebelum Dan selepas  solat witir

Doa qunut dibaca dalam solat witir terakhir bermula malam ke 15 ramadhan

 ● Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sumber : Mamapipie.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Niat Puasa Ramadhan Dan Cara Melakukan Solat Terawih
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more