Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah : Pena Hijau

Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah

Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Orang Lain
19 Jun 2020
Inilah 7 Saham Akhirat Yang Perlu Kita “Beli” Ketika Masih Hidup
27 Jun 2020
Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Orang Lain
19 Jun 2020
Inilah 7 Saham Akhirat Yang Perlu Kita “Beli” Ketika Masih Hidup
27 Jun 2020
Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah
icon follow us

Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah | Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.

“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.

“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.

“Tak pernah ustaz,” jawabnya.

Menyuap Isteri

“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.

“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.

BACA: Mengapakah Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan Sesama Sendiri Setiap Hari. Ini Faktanya!

Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.

Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.

“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.

“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.

Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.

Oleh: Ustaz Ebit Lew

BACA JUGA: Mahukan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Mesra, Amalkan Baca Al Mathurat Pagi Petang Sampai Doa Terakhir

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more