Gerhana Matahari Separa Hiasi Langit Malaysia
15 Jun 2020Profesor Ulung Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan
10 Jul 2020Raja segala buah iaitu durian amat terkenal di Asia Tenggara. Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya. Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak, manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan sehingga telah menyebabkan adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara.
Kalau di Asia Tenggara, kebanyakkan orang sanggup berbelanja hingga ratusan ringgit semata-mata untuk menikmati durian, lain pula halnya di Sweden. Raja buah ini terpilih dan termasuk dalam 80 makanan menjijikan di dunia serta dipamerkan di Disgusting Food Museum di Sweden.
Selain durian, turut dipamerkan adalah kepala arnab pedas, keju Su Callu Sardu yang diperbuat daripada perut anak kambing, kacang soya perap dari Jepun, kopi luwak, wain tikus, telur padi dan sebagainya. Menurut pegawai kajian muzium, faktor pemilihan makanan atau minuman tersebut dipilih dari segi rupa bentuk, bau dan rasa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Disgusting Food Museum.
Durian
Su Callu Sardu
Chinese mouse wine
Bagi penggemar durian, perkara ini pastinya sesuatu yang tidak akan boleh diterima kerana nikmat memakan buah durian adalah satu nikmat yang tidak akan dapat pada buah lain. Kalau tidak digemari ramai, tiadalah produk-produk berasaskan durian ni.. antaranya Burger Durian, Coklat Durian, Tealive Durian, Durian Crepe, Durian Mille dan lain-lain.