Sila imbas kod QR menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet
Dalam beberapa hari sahaja lagi iaitu tepatnya pada Ahad, 29 SYAWAL 1441 / 21 JUN 2020, akan berlakunya fenomena gerhana Matahari cincin atau anulus dan juga gerhana Matahari separa. Untuk gerhana kali ini , kita di Malaysia hanya berpeluang menyaksikan gerhana Matahari separa memandangkan rantau negara kita tidak berada di dalam laluan gerhana Matahari cincin.
Fenomena gerhana Matahari cincin boleh disaksikan di tengah benua Afrika, timur tengah, Pakistan, China serta lautan Pasifik manakala gerhana Matahari separa boleh disaksikan di tenggara Eropah, sebahagian besar Afrika, Asia dan sebahagian kecil Australia.
WAKTU GERHANA MATAHARI BERMULA DAN BERAKHIR
Di Semenanjung Malaysia, gerhana Matahari separa akan bermula sekitar jam 02:30 PM dan berakhir sekitar jam 05:00 PM manakala di Malaysia timur, gerhana Matahari separa akan bermula sekitar jam 03:00 PM dan berakhir sekitar jam 05:30 PM.
* Waktu yang dinyatakan adalah waktu umum untuk keseluruhan fasa gerhana. Waktu bermula sehingga berakhirnya gerhana di setiap kawasan adalah berbeza.
Untuk menyemak waktu yang lebih terperinci di kawasan anda, boleh ke pautan yang tertera :- (http://xjubier.free.fr/en/site_pages/solar_eclipses/ASE_2020_GoogleMapFull.html)
* Waktu yang tertera di laman tersebut perlu ditambah 08 jam untuk dapatkan waktu Malaysia.
Peratusan piringan Matahari yang dilindungi Bulan yang boleh disaksikan di Malaysia ketika gerhana nanti agak Kecil iaitu dalam lingkungan sekitar 7% ke 38% sahaja tetapi masih tetap menarik untuk diamati.
Selepas fenomena gerhana Matahari 21 JUN ini, kita perlu menunggu sehingga 20 APRIL 2023 untuk sekali lagi menyaksikan gerhana Matahari di Bumi Malaysia.
Wallahu A’lam
Rujukan :-
* Imej menunjukkan gerhana Matahari separa di Pasir Gudang, Johor pada 26 Disember 2019.