Bolehkah Niat Puasa Enam Dan Puasa Ganti Secara Serentak
29 May 2020Tanpa Kita Sedar Orang Membenci Kita Dalam Diam. Amalkan Doa Menghadapi Kebencian Ni
26 Jun 2020Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Orang Lain | Mari sama-sama baca perkongsian yang bagus ini untuk peringatan kita semua. Semoga bermanfaat.
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Daripada Anas radhiallahu anhu dari Nabi shollallahu ‘alaihi wa salam baginda bersabda : “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”.
(Sahih Bukhari, no: 13) Status : Hadis Sahih
Kesimpulan hadis :
- Islam memerintahkan umatnya agar sentiasa memiliki sifat saling mengasihi sesama Muslim dengan memuliakan, menghormati dan menyayangi mereka.
- Jika kita suka diri mendapat nikmat dalam hal keagamaan, maka wajib baginya mengasihi saudara Muslim yang lain agar mendapat nikmat yang sama. Ia adalah tanda kesempurnaan iman.
- Jika kita suka memperolehi nikmat dunia kita juga sewajarnya suka agar saudara muslim yang lain juga memperolehinya.
- Jangan sesekali kita memiliki sifat dengki dan khianat dengan nikmat yang dimiliki oleh saudara kita yang lain.
- Ambillah iktibar kisah Aus dan Khazraj di Madinah yang mana kedua-dua kaum ini begitu taksub dan fanatik dengan kaum masing-masing namun Allah telah satukan hati mereka dengan kasih sayang dan mereka saling mencintai antara satu sama lain apabila menerima Islam. Mereka bersatu atas nama Islam dan mereka berjuang atas nama Islam.
- Ingatlah bahawa setiap mukmin ini bersaudara. Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Hujurat ayat 10 :
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌۭ
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara”
- Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.
Semoga Allah memberikan kita taufik untuk berkasih sayang sesama saudara kita yang beriman sebagaimana kita suka mendapatkan hal yang sama.
Mari sama-sama amalkan doa ini agar kita disayangi, disenangi dan dihormati oleh orang lain. Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan dimakbulkan doa kita. Amiin.