Air Zamzam keajaiban dunia : Pena Hijau
Sebutlah Nama Kawan Baik Dalam Doa, Lebih Mustajab & Malaikat Doakan Kita Semula
Sebutlah Nama Kawan Baik Dalam Doa, Lebih Mustajab & Malaikat Doakan Kita Semula
9 Jul 2020
Miliki Sifat Santun dan Malu
10 Jul 2020
Sebutlah Nama Kawan Baik Dalam Doa, Lebih Mustajab & Malaikat Doakan Kita Semula
Sebutlah Nama Kawan Baik Dalam Doa, Lebih Mustajab & Malaikat Doakan Kita Semula
9 Jul 2020
Miliki Sifat Santun dan Malu
10 Jul 2020
icon follow us

Perkataan Zamzam berasal daripada ungkapan Zomk-zomk yang bermakna berhenti mengalir. Itu adalah apa yang diluahkan oleh Siti Hajar r.a dalam percubaannya menakung air yang terus keluar.

Air Zamzam muncul pada ketika Nabi Ismail a.s ditinggalkan bersama bondanya, Siti Hajar r.a oleh bapanya Nabi Ibrahim a.s di sebuah padang pasir yang kering kontang untuk mengajak manusia kepada Allah SWT.

Perintah Allah SWT agar Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan zuriat baginda di wadi (lembah) Makkah terdapat dalam al-Quran:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah).

Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim, ayat 37)

Setelah bekalan air terputus dan bagi menyusukan anaknya Ismail a.s yang kehausan, Siti Hajar r.a telah berlari-lari anak di antara bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali untuk mencari air. Beliau berharap bertemu dengan sesiapa sahaja yang dapat membantunya.  Pencarian Siti Hajar menemui jalan buntu.

Namun sebaik sahaja Siti Hajar r.a kembali kepada anaknya dan dengan kuasa Allah SWT, didapati mata air terpancut keluar daripada bawah hentakan kaki Nabi Ismail a.s yang sedang menangis kehausan.  Selepas kejadian itu, Siti Hajar mengepung kawasan yang mengeluarkan air itu dengan batu-batu. Sebuah telaga telah dibina dan dikenali sebagai Telaga Zamzam sehingga ke hari ini.

Abdul Mutalib r.a iaitu datuk kepada Nabi Muhammad SAW telah diamanahkan untuk mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah pada zaman pra-Islam itu.

Hari ini, tempat di mana munculnya air Zamzam telah menjadi sebuah kota suci bagi umat Islam dari seluruh dunia.  Ia dikunjungi setiap kali musim Haji pada bulan Zulhijjah. Kota ini terletak di Tanah Haram iaitu Masjidil Haram di mana terletaknya Kaabah,  kiblat bagi seluruh umat Islam.

Air Zamzam tidak pernah kering sehingga kini.  Daripada kajian menunjukkan bahawa mata air Zamzam memancarkan air sebanyak 11 hingga 18 liter air sesaat atau bersamaan 660 liter air seminit. Begitulah kebesaran Allah SWT.

Amalan meminum air Zamzam adalah amat baik.  Ia telah diamalkan oleh para sahabat dan salaf al-soleh sejak dahulu. Diriwayatkan oleh Imam al-Hakim bahawa Ibn Abbas r.a apabila meminum air Zamzam, beliau akan berdoa dengan berkata:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.”  [Lihat al-Mustadrak (1739), 646/1]

Semoga kita dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram, apatah lagi dipanggil mengerjakan haji sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Amin Ya Rabb al-Alamin.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Air Zamzam keajaiban dunia
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more