Air Zamzam keajaiban dunia
9 Jul 2020Jubah gaya kontemporari
11 Jul 2020Salam hari jumaat penuh keberkatan semoga kita semua baik-baik saja.. Mama nak share sedikit tentang sifat santun dan malu di dalam Islam.
Pada mama, sifat santun Dan malu itu sangat indah sesama manusia. Apatah lagi jika sifat ini ada di setiap manusia sebagai seorang hamba Allah..
Miliki Sifat Santun dan Malu
حَدَّثَنَا يُونُسُ قَالَ زَعَمَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ أَشَجُّ بْنُ عَصَرٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِيكَ خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قُلْتُ مَا هُمَا قَالَ الْحِلْمُ وَالْحَيَاءُ قُلْتُ أَقَدِيمًا كَانَ فِيَّ أَمْ حَدِيثًا قَالَ بَلْ قَدِيمًا قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَبَلَنِي عَلَى خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا
Telah menceritakan kepada kami Yunus ia berkata, Abdurrahman bin Ubay berkata, Asyajj bin Ashr berkata, “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang keduanya dicintai oleh Allah ‘azza wajalla.” Saya bertanya, “Sifat apakah itu?” baginda menjawab, “Al Hilm (santun / tidak mudah marah) dan rasa malu.” Saya bertanya lagi, “Apakah kedua sifat itu telah ada padaku sejak lama atau baru melekat?” baginda menjawab: “Sejak lama.” Saya berkata, “Segala puji Allah yang telah memberiku dua sifat yang dicintai-Nya.” (Musnad Ahmad No: 17160) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Dua sifat yang dicintai Allah kepada pemiliknya:
a. Al-Hilm iaitu sifat santun, mampu menahan emosi atau tidak mudah marah
b. Malu iaitu sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan segala keburukan sama ada perkataan, perbuatan dan sikap yang dapat mencegah dirinya dari kelalaian.
2. Antara bentuk malu:
a. Malu melakukan kejahatan seperti mengadu domba
b. Malu kerana merasa lemah
c. Malu kepada diri sendiri
3. Malu itu punca dari iman. Hadis Rasulullah SAW:
اَلحَيَاءُ والإِيمَانِ قُرَنَاءُجَمِيعًا فَإِذَا رَفَعَ أَحَدَهُمَارَفَعَ الآخَرَ
Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang lain akan hilang juga (HR al-Hakim dan Tabrani)
4. Milikilah iman yang sempurna dengan memiliki sifat malu untuk berbuat dosa seperti dosa mengadu domba dan membuat fitnah.
5. Marilah kita miliki sifat hilm mampu menahan emosi atau tidak mudah marah dan malu yang dicintai Allah.
Sumber 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan
Sumber : Mamapipie.com