Bermusafir gaya Rasulullah SAW : Pena Hijau
Kebaikan amalan tersembunyi kita
17 Jul 2020
Sahabat sejati dalam hidup kita
19 Jul 2020
Kebaikan amalan tersembunyi kita
17 Jul 2020
Sahabat sejati dalam hidup kita
19 Jul 2020
icon follow us

Musafir bermaksud seseorang yang telah memulakan perjalananan sejauh lebih 60 batu iaitu dua marhalah (1 batu=1.6 km). Sekiranya kita telah melakukan perjalanan sejauh itu, kita diberikan keringanan oleh Allah SWT untuk menunaikan solat Jamak dan Qasar. Tujuan bermusafir hendaklah dengan niat yang baik dan bukan atas tujuan untuk melakukan maksiat seperti keluar berjudi dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiga doa yang sangat mustajab; doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir.” (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

Niat bermusafir yang baik termasuklah ketika keluar menuntut ilmu, melancong bersama keluarga, atas tujuan bekerja, menenangkan diri juga fikiran dan sebagainya. Pada zaman Rasulullah SAW, Baginda keluar bermusafir bertujuan untuk menyebarkan ajaran dan dakwah islam.

Menjadi seorang musafir, kita dapat melihat dan menikmati keindahan alam semulajadi dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagaimanakah gaya musafir Nabi Muhammad SAW yang boleh kita ikuti?

Tunaikan solat-solat sunat dan wajib

Dengan harapan agar perjalanan diberkati oleh Allah SWT, mulakan dengan bersolat sunat (Solat Safar) dengan niat ‘Sahaja aku solat kerana hendak musafir (sunat Safar), dua rakaat sunat kerana Allah Taala.’ Pada rakaat pertama, bacalah surah al-Kafirun dan diikuti surah al-Ikhlas pada rakaat yang kedua, diakhiri dengan memberi salam seperti biasa.

Seterusnya, mengikut keadaan dan kesesuaian, dirikan Solat Jamak, iaitu mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Contohnya, menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, sama ada dalam waktu yang pertama (Zohor) atau yang kedua (Asar). Solat Qasar pula ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardu yang empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak) menjadi dua rakaat sahaja.

Bawa buah tangan untuk dibawa pulang

Bawalah sedikit buah tangan untuk diberikan kepada anggota keluarga ataupun sahabat handai setelah tiba ke destinasi yang di tuju. Pasti mereka berasa gembira menerima pemberian buah tangan. Ini adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah SAW yang patut kita contohi dan lakukan ketika kita niat bermusafir.

Jangan lupa mengambil peluang untuk mendoakan kebaikan kepada diri, keluarga dan saudara-saudara Muslim yang lainnya ketika bermusafir. Insya-Allah, doa ketika bermusafir adalah mustajab dan mudah diperkenankan oleh Allah SWT.

Segera kembali kepada keluarga apabila urusan sudah selesai

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah mengambil kesempatan mengikuti sunnah Rasulullah SAW ketika bermusafir. Semoga setiap perjalanan kita ketika bermusafir sentiasa dilindungi Allah SWT.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Bermusafir gaya Rasulullah SAW
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more