Fenomena Skandal Di Tempat Kerja Merisaukan, Ramai Bercinta Dengan Isteri Atau Suami Orang!
26 Jul 2020Trade In Emas Ada Unsur Riba Jika Tak Tahu Hukum Dalam Islam, Jangan Ambil Mudah!
28 Jul 2020Inilah Cara Mencari Rezeki Yang Hilang, Bukan Merungut Dan Bersangka Buruk Dengan Allah! | Rutin harian biasa bagi rakyat Malaysia ketika pagi menjelang adalah bergegas ke tempat kerja untuk bekerja sehingga petang menjelang maka kerja selesai dan pulang ke rumah.
Mengharungi kesesakan lalu lintas, kesesakan dalam LRT, KTM. Berkejar-kejar kesana dan kemari untuk menguruskan kerja. Ketika malam menjelang badan akan menjadi letih terus merehatkan diri dan hari akan terbuang begitu saja.
Begitulah sehari-hari kehidupan kebanyakan manusia. Sering kali juga kita mendengar rungutan sesetengah orang yang duit mereka tidak mencukupi pada setiap bulan seolah-olah rezeki yang hilang:
Kesemua memerlukan duit, akibatnya manusia berkejar-kejar mencari duit. Tekanan gaya hidup pada masa ini menyebabkan banyak orang berasa tertekan dengan gaya hidup sekarang.
BACA JUGA: Tak Sangka Inilah 5 Amalan Punca Keberkatan Rezeki Yang Kita Tak Perasan
Apakah yang perlu anda lakukan untuk mencari rezeki yang hilang? Semak semula sumber rezeki anda iaitu keberkatan rezeki yang anda peroleh.
Pendapatan yang tinggi, elauan yang tinggi, jawatan yang tinggi tidak menjanjikan duit yang baik dan dapat memenuhi kesemua keperluan kita.
Sedarkah kita bahawa rezeki ke atas kita bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit mungkin rezeki yang hilang dalam bentuk wang ringgit telah Allah gantikan dalam bentuk:
Apa sahaja yang diberikan oleh Allah kepada kita merupakan rezeki.
BACA JUGA: 7 Zikir Sebagai Amalan Menjemput Rezeki Melimpah Ruah
Kadang kala,
Sebagai hamba Allah kita harus percaya kepada janji Allah kepada setiap hambaNya dan bukan merungut soal rezeki yang hilang apabila kita tidak mencapai target kewangan yang kita inginkan.
Setiap manusia telah ditetapkan rezeki masing- masing. Allah telah menjanjikan 4 jaminan rezeki kepada hambaNya:
Rezeki yang berkat dapat dilihat melalui tanda-tanda pada diri kita sendiri. Pertama hati semakin dekat dengan Allah dan jiwa tenang. Sentiasa syukur dengan apa yang diberikan oleh Allah jiwa sentiasa tenang kerana percaya bahawa rezeki telah ditetapkan oleh Allah.
Kita juga akan mudah memberi sedekah dan menunaikan zakat. Hal ini, kerana kita berasa gembira untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai kerana setiap rezeki yang Allah berikan juga terdapat rezeki orang lain.
Keluarga yang harmoni dan anak-anak cemerlang juga akan terhasil melalui rezeki yang berkat kerana sumber yang kita berolehi diberkati oleh Allah. Kita juga akan sentiasa merasa cukup dan syukur atas segala kurniaan yang Allah berikan.
BACA JUGA: 5 Jenis Ujian Kesusahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa
Oleh itu, sebagai hamba Allah yang percaya bahawa setiap yang ditentukan oleh Allah itu adalah yang terbaik kita hendaklah sentiasa berdoa semoga terhindar dari rezeki yang menjuruskan kita kepada kemungkaran Allah dan dikenakan azab yang pedih kelak.
Sebenarnya bukan rezeki yang hilang, tapi sifat bersyukur dalam diri kita yang sudah hilang.
Sekian, terima kasih.
Sumber : Kataustaz.com