Jubah gaya kontemporari : Pena Hijau
Miliki Sifat Santun dan Malu
10 Jul 2020
Peka dan prihatin dengan masa
13 Jul 2020
Miliki Sifat Santun dan Malu
10 Jul 2020
Peka dan prihatin dengan masa
13 Jul 2020
icon follow us

Jubah atau abaya kontemporari yang diubah suai mengikut fesyen semasa semakin mendapat perhatian.  Ini kerana ia boleh digayakan dalam pelbagai acara rasmi mahupun tidak rasmi, semasa di kolej, berkuliah atau menyertai aktiviti masjid dan surau.

Jubah kontemporari lebih ringkas rekaannya.  Dalam masa yang sama ia menepati ciri-ciri pakaian seorang muslimah serta tidak mengenepikan fesyen pakaian terkini.  Kain polos daripada  warna pastel dan tidak menjolok mata dipadankan dengan tudung bercorak menambah seri anda yang memakainya.

Biasanya apabila bercakap tentang jubah, kita membayangkan baju yang besar, geloboh serta berwarna hitam.  Perubahan zaman telah menggubah jenis jubah dengan variasi warna dan corak, dan sedikit penambahan butang, labuci dan manik untuk menambah seri pemakai.

Ia juga boleh dipadankan dengan sarung atau skirt mengikut kesesuaian rekaan dan tujuan ia digayakan.  Kesannya  bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri anda, juga tidak menjejaskan  penampilan sebagai seorang wanita musimah.

Jubah atau abaya adalah pakaian yang selesa dipakai serta paling selamat untuk digayakan tanpa mendedahkan aurat anda.  Selain menutup aurat, ia juga selari dengan fesyen masa kini tempatan.

Ramai pereka fesyen yang menampilkan jubah kontemporari di pasaran.  Anda boleh membuat pilihan dan membeli-belah dalam talian.  Hanya pilih mana yang berkenan di hati dengan gaya dan warna serta harga yang bersesuaian dengan bajet anda.

Berbagai jenis harga jubah terdapat di pasaran.  Ia tidak terlalu mahal, sederhana dan bergantung kepada corak yang dipaparkan pada jubah berkenaan.  Kualiti fabrik juga akan membezakan harga di antara satu jubah dengan yang lain.

Adalah dinasihatkan kepada anda suri rumah yang gemar berjubah untuk pakaian harian, lebih elok memilih yang kainnya dibuat daripada kapas.  Ia bukan sahaja selesa digunakan, tetapi menyerap peluh. Elak menjadikan hitam sebagai warna popular dalam almari anda.  Ia akan memudarkan seri sebagai seorang isteri yang mahu sentiasa kelihatan manis di mata suami.

Anda juga boleh mengenakan warna-warna garang seperti merah, kuning atau hijau yang memberi keceriaan dan keyakinan meskipun hanya duduk rumah melakukan kerja-kerja sebagai suri rumah.  Selain membantu emosi, ia juga sebagai salah satu cara untuk memikat hati suami.

Islam menggalakkan isteri berhias untuk suami setiap hari.  Allah SWT mencipta wanita dengan fitrah ingin kelihatan cantik sekali gus bersolek atau berhias tidak dilarang dalam Islam. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu batas yang ditetapkan oleh Islam dalam mengenakan solekan.

Solekan yang boleh menukar rupa paras ciptaan Allah SWT perlu dielakkan.  Anda menambah bulu mata palsu dan mengenakan warna-warna garang dan melampau di pipi dan kelopak mata serta bibir.  Ia boleh mengundang banyak perkara buruk dalam diri dan orang di sekeliling terutama kepada lelaki bukan halal dan mahram.

Anda boleh sahaja kelihatan cantik mengikut perkembangan fesyen.  Namun, anda perlu mematuhi syariah berpakaian, labuh tidak ketat dan menampakkan tubuh dan menutup dada serta tidak menampakkan aurat.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jubah gaya kontemporari
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more