Jalan-Jalan KLCC : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Jalan-Jalan KLCC

20200710 - travellog putrajaya
Surprise Untuk Alya
10 Jul 2020
20200712 - petrosains
Jom Petrosains, The Discovery Centre
12 Jul 2020
20200711 - travellog klcc part 1

Kuala Lumpur City Centre (KLCC).. Sape yang tak kenal KLCC yang terletak di sekitar Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Binjai, Jalan Kia Peng dan Jalan Pinang. Mercu tanda Malaysia, Menara Kembar Petronas / Petronas Twin Towers pernah dinobatkan menjadi bangunan tertinggi di dunia daripada tahun 1998 hingga tahun 2004. Hari ni aku nak bawa Alya jalan-jalan ke KLCC. Hajat di hati nak masuk Petrosains.

20200711 - myfamily 01

20200711 - myfamily 02

Oppa pun ikut sama. Tapi Oppa nak pergi Lowyat. Macam biasa.. Oppa kalau datang Putrajaya, memang tak sah kalau tak pergi Lowyat. Memang tempat wajib pergi kalau datang Putrajaya. Macam Aku dulu-dulu masa belajar di Kuala Lumpur. Lowyat memang tempat favourite selain daripada KLCC, Kampung Baru, Masjid India… Sampai di Stesen KL Sentral, Aku dan Alya naik LRT ke Stesen KLCC. Oppa pulak naik Monorail ke Stesen Imbi.

Sampai di KLCC, naik ke tingkat 4. Tengok di Petrosains.. mak aih.. panjangnye orang duk beratur nak masuk Petrosains. Ada sorang kakitangan Petrosains duk jaga di barisan belakang. Satu family duk tanya kakitangan tu. Dimaklumkan kakitangan tu, sekarang disebabkan untuk mengawal penularan pandemik COVID-19, Petrosains telah menghadkan kemasukan pelawat. Sehari ada 7 slot masa. Setiap slot masa tu hanya dibenarkan masuk 43 orang sahaja. Jadi dalam sehari tu, Petrosains hanya bagi 301 orang pelawat sahaja. Alamak!

Lebih mengecewakan.. kakitangan tu beritahu.. slot untuk hari ni dah habis.. FULL!! Baru pukul 1 lebih.. Hahahaha.. Kakitangan tu maklum lagi, kalau nak masuk Petrosains, cara mudah buat tempahan di Traveloka. Buat tempahan hari ni, esok boleh masuk. Ok noted.

Alang-alang dah sampai KLCC, Aku bawak la jalan-jalan sekitar KLCC dan masuk Kinokuniya.

20200711 - myfamily 03

20200711 - myfamily 04

Tapi tak boleh nak jalan lama-lama kat KL sebab malam ni nak dinner kat luar sempena hari lahir Chi, 12 Julai. On the way balik di Stesen KL Sentral, ternampak Ayah baru masuk kereta api. Macam dah set masa pulak jumpa dalam pukul 3:00 petang.

Lepas Maghrib, kami satu keluarga menuju ke Restoran Perantau Hill yang terletak di Jalan Air Hitam, Sungai Merab Luar, Kajang. Tak la jauh sangat dari Presint 14 tu. So.. Selamat Hari Lahir buat Saleh Fikri / Chi / Hang Jebat. Kebetulan tarikh 12 Julai bersamaan 20 Zulkaedah. Juga hari lahir Aku dalam kalendar Islam. So apa lagi.. Selamat menjamu mata tengok hidangan ni..

20200711 - myfamily 05Menu dinner
20200711 - myfamily 09Tomyam Kelapa
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply