Doa itu adalah ibadah : Pena Hijau
Nabi Muhammad SAW Akan Tolong Kita Masuk Syurga Dengan 4 Perkara, Rebutlah Peluang Terakhir Ni
Nabi Muhammad SAW Akan Tolong Kita Masuk Syurga Dengan 4 Perkara, Rebutlah Peluang Terakhir Ni
25 Aug 2020
Kaedah komunikasi yang baik dalam keluarga
25 Aug 2020
Nabi Muhammad SAW Akan Tolong Kita Masuk Syurga Dengan 4 Perkara, Rebutlah Peluang Terakhir Ni
Nabi Muhammad SAW Akan Tolong Kita Masuk Syurga Dengan 4 Perkara, Rebutlah Peluang Terakhir Ni
25 Aug 2020
Kaedah komunikasi yang baik dalam keluarga
25 Aug 2020
icon follow us

Doa adalah satu ibadah, wasilah yang menjadi penghubung di antara Al-Khalik dengan manusia sepertimana yang diperjelaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari r.a:  “Doa itu adalah ibadah.”  Perkataan doa dari segi bahasa mempunyai pelbagai pengertiannya bergantung kepada tujuan kalimat itu digunakan. Doa boleh membawa maksud ibadat, meminta pertolongan, percakapan, memuji dan sebagainya.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.”  (Surah al-Araaf, ayat 55-56).

Dalam ayat lain, Allah SWT juga berfirman: “Dan Tuhan kamu berfirman:  Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.  Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al Mukmin, ayat 60)

Diriwayatkan daripada at-Tarmidzi r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang dibukakan pintu doa baginya bererti dibukakan pula baginya segala pintu rahmat.  Doa yang amat disukai oleh Tuhan ialah permohonan afiyat. Doa ini mendatangkan manfaat terhadap sesuatu yang sudah atau yang belum diturunkan Allah SWT. Tidak ada yang dapat menangkis qada (ketentuan Tuhan) kecuali dengan doa, oleh sebab itu berdoalah.”

Sesungguhnya doa adalah senjata orang Mukmin. Jangan sekali-kali kita  menidakkan kepentingan doa dalam kehidupan seharian. Saat kita dirahmati dengan kesenangan kita tetap berdoa apatah lagi ketika ditimpa kesusahan, kita juga perlu mengangkat tangan dan berdoa memohon bantuan daripada Yang Maha Esa.

Allah SWT memudahkan kita untuk mendapatkan kemustajaban doa melalui keutamaan waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa.  Ramai kalangan kita yang mengetahui mengenainya tetapi masih mensia-siakan kesempatan yang baik ini.

Waktu sepertiga malam adalah doa paling mustajab.  Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  “Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman; barang siapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barang siapa yang memohon pasti Aku akan perkenankan dan barang siapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya.”  (Sahih Al-Bukhari)

Bagi orang yang berpuasa, berdoalah terutama ketika saat menunggu berbuka dan mengadap makanan.  Ia adalah doa yang paling baik dan tidak ditolak.  Begitu juga setiap kali selepas solat fardu, berdoalah. Daripada Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah SAW ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah SWT, Baginda menjawab yang bermaksud:  “Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardu.”  (Sunan At-Tirmidzi)

Antara waktu lain yang mustajab doa seperti ketika perang berkecamuk, saat ketika Hari Jumaat, ketika terjaga di malam hari iaitu bagi orang yang sebelum tidurnya dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah SWT, doa di antara azan dan iqamah, doa ketika sujud di dalam solat, saat hujan turun, doa saat ajal tiba, ketika Lailatul Qadar dan ketika hari Arafah.

Benarlah bahawa hidup ini penuh dengan ujian.  Justeru berdoalah kepada Allah SWT dan pasti diperkenankan-Nya. Semoga bermanfaat.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Doa itu adalah ibadah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more