Kaedah komunikasi yang baik dalam keluarga : Pena Hijau

Kaedah komunikasi yang baik dalam keluarga

Doa itu adalah ibadah
25 Aug 2020
Cabaran berkahwin campur
25 Aug 2020
Doa itu adalah ibadah
25 Aug 2020
Cabaran berkahwin campur
25 Aug 2020
icon follow us

Perkataan yang baik sangat membantu mendidik anak- anak dan juga pasangan menjadi baik. Apalagi jika perkataan yang baik itu adalah doa kepada-Nya, itulah yang terbaik. Rasulullah SAW melarang kita daripada berkata buruk. Ini berdasarkan hadis Baginda yang mafhumnya:

“Janganlah kamu berdoa (buruk) ke atas diri kamu, dan janganlah kamu berdoa (buruk) ke atas anak kamu dan janganlah kamu berdoa (buruk) ke atas harta kamu. Jangan (sampai) kamu menepati waktu (saat berdoa yang buruk itu) yang Allah SWT makbulkan, lalu dimakbulkan doa itu buat kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud, sahih.)

Memupuk komunikasi dari usia yang awal juga adalah salah satu prasyarat yang diperlukan dalam membina hubungan ibu bapa-anak. Pelbagai faedah positif timbul dari hubungan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak-anak.

Mencari masa interaksi terbaik juga merupakan perkara penting dalam komunikasi. Ada waktu bila kita berinteraksi dengan anak, atau pasangan mereka akan menolak. Saat mereka marah, lapar, dan penat antaranya akan menyebabkan komunikasi kurang berkesan.

Bila anak dan pasangan ini dipenuhi keperluannya dan keseronokannya, mereka mudah menerima interaksi dengan kita. Saat makan, saat berjalan, saat mereka gembira lalu bersedia mendengar dari kita.

Bila kita berbicara untuk mendidik, kita perlu sedar bahawa pendidikan ini adalah kuasa Allah SWT, beri masa untuk melihat kesannya. Pastikan tutur kata kita jaga, tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mencalar hati pendengarnya. Percayalah bahawa ikatan hati yang kuat antara kita dan keluarga akan membantu membina komunikasi berkesan.

Sewaktu bercakap, beri ruang untuk orang lain juga bercakap, perlu ada pertembungan mata yang wajar, sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiran terbuka, dorong orang lain juga untuk bercakap. Yang paling utama gunakan perkataan-perkataan yang baik.

Semoga waktu Allah SWT suka mendengar doa kita, seperti petang Jumaat ini, kita berdoa kepada-Nya dengan doa yang baik dan memohon pada Allah supaya fasih lidah dalam berbicara dan sentiasa berbicara hal-hal yang baik (kebenaran).

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kaedah komunikasi yang baik dalam keluarga
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more