Golongan Agamawan Tak Terlepas Godaan Iblis, Ketahui 4 Helah Syaitan : Pena Hijau

Golongan Agamawan Tak Terlepas Godaan Iblis, Ketahui 4 Helah Syaitan

Internet era baru Muslim
21 Aug 2020
Doa itu adalah ibadah
25 Aug 2020
Internet era baru Muslim
21 Aug 2020
Doa itu adalah ibadah
25 Aug 2020
Golongan Agamawan Tak Terlepas Godaan Iblis, Ketahui 4 Helah Syaitan
icon follow us

Golongan agamawan juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan kerana syaitan berusaha untuk merosakkan golongan agamawan dengan tipu dayanya yang sangat dahsyat sehingga menjadikan mereka ulama’ suk (buruk) seperti dalam hadis Baginda Rasulullah:

Akan datang pada manusia suatu masa, di mana tidak tinggal daripada Islam itu kecuali hanya namanya saja, tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka indah-indah, tetapi ia kosong dari hidayah. Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah (naungan) langit. Dari merekalah keluarnya fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali. [HR Baihaqi 1763] – Hadis ini dihukum oleh ulama sebagai hadis yang lemah.

Golongan agamawan haruslah menjadikan Rasulullah sebagai ikutan bukan sahaja dari segi percakapan semata tetapi yang paling penting adalah dari segi akhlak dan tingkah laku. Ciri-ciri keperibadian Rasulullah menyebabkan orang sayang dan suka kepada Islam.

Pada hari ini kita dapat lihat ada dalam kalangan mereka yang bergelar agamawan tetapi suka mencaci maki serta tidak menjaga adab dan tingkah laku. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke 44: Patutkah kamu menyuruh supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?.

Niat merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sesuatu amalan. Ini kerana niat boleh menjadikan seseorang itu diredai atau dimurkai Allah. Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang panjang:

Didatangkan seseorang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga ia mengetahuinya dengan jelas, Allah bertanya: Apa yang telah kamu lakukan? Dia menjawab: Saya telah belajar ilmu dan mengajarkannya, saya juga membaca Al-Qur’an kerana Mu. Allah berfirman: Kamu dusta, akan tetapi kamu belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Quran agar dikatakan seorang yang mahir dalam membaca, dan kini kamu telah dikatakan seperti itu, kemudian diperintahkan kepadanya supaya dia dicampakkan dan dilemparkan ke dalam neraka. [HR Muslim 3527]

Kata Imam Nawawi; Mereka dilemparkan ke dalam neraka disebabkan ketidakikhlasan sesuatu perbuatan kerana Allah.

Golongan agamawan perlu menjaga dengan bersungguh-sungguh akan soal niat supaya tidak dipesongkan oleh syaitan. Lakukan setiap amalan dan teguran kerana Allah.Golongan Agamawan

BACA JUGA: Menteri Agama Kenang Pengaruh Ustaz Ismail Kamus, ‘Kaset Ceramah Terjual Tidak Terkira Bilangannya’

Niat golongan agamawan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sesuatu amalan bagi memastikan ilmu yang disampaikan itu betul dan tidak menyimpang.

Syaitan akan membisikkan kepada golongan agamawan kesombongan dalam diri agar merasakan bahawa dia mempunyai ilmu yang tinggi dari orang lain. Maka pada waktu itu juga syaitan akan menghasut kepada golongan agamawan bahawa mereka sahaja yang layak untuk masuk ke dalam syurga adapun orang yang tidak mempunyai pengkhususan agama maka mereka tidak layak.

Sabda Rasulullah: Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong. [HR Muslim 51]

Sifat bangga diri dan merasakan diri lebih baik dari orang lain merupakan sifat ujub. Abdullah Ibn al-Mubarak ketika ditanya tentang ujub atau bangga diri, beliau menjawab: Engkau melihat di dalam dirimu sesuatu yang tidak ada pada diri orang lain. (Syu’ab al-Iman 7/50)

Ujub ialah apabila seseorang yang beranggapan bahawa kemuliaan amal soleh disebabkan adanya sesuatu perkara atau sebab bukan kerana Allah.

Firman Allah di dalam Surah Al-Najm ayat 32: Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). DIA lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.

Syaitan akan berusaha untuk menggoda golongan agamawan supaya mereka merasa berpuas hati dengan ilmu yang ada. Maka mereka merasa ilmu yang ada sudah mencukupi sedangkan ilmu Allah itu sangatlah luas.

Apabila ilmu kurang maka mereka akan mengeluarkan hukum mengikut hawa nafsu dan menzahirkan kejahilan diri sendiri tanpa mengikut panduan Al-Quran dan snunah Baginda Rasulullah. Proses golongan agamawan mempelajari ilmu tidaklah terhenti apabila sudah selesai ijazah kedoktoran tetapi ia berpanjangan sehingga akhir hayat.

Telah berkata Ibn al-Mubarak RA: Aku hairan dengan orang yang tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia boleh mendakwa dirinya mulia?.

Di dalam al-Quran, Allah SWT sering kali menyebutkan amal soleh beriringan dengan iman. Allah juga mencela orang-orang yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak kerjakan. Allah juga mengkhabarkan bahawa perbuatan seperti itu sangat dimurkaiNya.

Firman Allah di dalam Surah As-Sof ayat 2 dan 3: Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Golongan agamawan seharusnya tahu bahawa mereka menjadi perhatian masyarakat. Oleh sebab itu setiap kelakuan dan percakapan perlu lebih berhati-hati supaya apa yang mereka kerjakan tidak terkena tempiasnya kepada nama Islam kerana ulama’ adalah pewaris para nabi.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook

Sumber : Kataustaz.com

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Golongan Agamawan Tak Terlepas Godaan Iblis, Ketahui 4 Helah Syaitan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more