Hari Kelima di Wad 4 : Pena Hijau - Hijaukan Bumi Allah ♡ Alkhudhri.com

Hari Kelima di Wad 4

20200808 - wad4
Hari Keempat Di Wad 4
8 Aug 2020
20200829 - birthday wish 01
Terima Kasih 29082020
30 Aug 2020
20200809 - alya denggi

Pagi ni Omma ada kirim lempeng, makanan pagi kegemaran Alya. Kalau buat lempeng tu.. memang kena potong slices macam pizza. Sampai kat lencongan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu tu, pergh… makan jem. sesak dengan kereta motor.. 2 3 kali jugak la keliling HRPZ II semata-mata nak cari parking. Last-last terpaksa parking jauh berhampiran dengan KFC Stadium Sultan Muhammad IV. Berjalan la sikit.. exercise untuk 10000 langkah sehari.

Sampai kat katil Alya, terus jamu lempeng. Pagi ni, hospital sediakan bihun goreng dengan air milo. Nampak ada tersimpan dalam bekas. Alya tak nak bihun goreng.. nak makan lempeng je.

20200809 - alya denggi

Curi-curi ambil gambar tanpa pengetahuan Alya

 

Lebih kurang pukul 10 lebih, ada nurse datang katil. bagi surat discaj. Alya blur skejap. Macam tak percaya dah boleh keluar. Aku pergi ke Unit Hasil HRPZ II untuk urusan pembayaran. Tapi FOC je sebab guna GL/Guarantee Letter kerajaan. Settle urusan di Unit Hasil, nurse mintak untuk cabut jarum drip air dari tangan Alya. Mula-mula Alya takut jugak. Tapi tak kan nak balik dengan jarum drip kat tangan.. Hahaha… Nak tak nak.. Alya terpaksa hulurkan tangan dekat nurse… Zassss.. sepantas kilat nurse cabut.. Selesai…

Kemas-kemas baju, kemas-kemas makanan.. minuman.. Terus check out daripada Wad 4 pukul 11.47 am.

20200809 - alya denggi

 

Terima kasih kepada yang mendoakan kesembuhan Alya…

 

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply