Hari Keempat Di Wad 4 : Pena Hijau

Hari Keempat Di Wad 4

20200806-denggi
Denggi oh denggi…
5 Aug 2020
20200809 - alya denggi
Hari Kelima di Wad 4
9 Aug 2020
20200806-denggi
Denggi oh denggi…
5 Aug 2020
20200809 - alya denggi
Hari Kelima di Wad 4
9 Aug 2020
20200808 - wad4
icon follow us

11:03 am – Hari ni Alya masih lagi dalam Wad 4 HRPZ II. Aku tengok depan belakang kanan.. Semua peneman mak mak.. kakak kakak pesakit.. Perempuan.. Aku sorang lelaki.. Hahahaha.. Mujur la ada jugak 2 3 orang doktor lelaki. Tidok gak.. Kesik la aku sore2 dikelilingi perempuan.. Hahaha… Tak leh nak buat gapo dah.. Mugo giliran Abi Alya jaga waktu siang. Waktu malam baru giliran Ibu Alya.

20200808 - alya denggi

Gambar dalam pukul 8 pagi, breakfast dengan roti jala

 

Dari semalam lagi doktor dah pesan kat Alya, kalau nak balik esok (hari ni) kena banyak minum air. Semalam pun doktor dah buang dah wayar drip air kat tangan Alya.

Pagi tadi dalam pukul 7:00, doktor dah buang jarum ambil darah kat tangan kiri. Doktor terpaksa guna jarum suntikan untuk ambil darah sebab darah dah tak keluar.. Apa lagi.. Menangis la budak tu.. Darah dah kering kot.. Hari-hari ambil darah.. 😂😂

Harap-harap, hari ni Alya dah boleh discaj. Tanya dia tadi, kalau hari ni dah boleh keluar, nak pergi sekolah tak esok.. Dia cakap tak nak lagi.. Sebab nak siapkan kerja sekolah.. 😁😁😁

20200808 - alya denggi

Isi masa dengan baca komik Ejen Ali

20200808 - alya denggi

Buat aktiviti dalam komik Ejen Ali

 

01:00 pm – Doktor datang semak report Alya. Based on report tu demam Alya dah okay. Cuma platelet Alya drop dari 140 ke 70 lebih masa ambik darah pagi tadi. Tengahari ni doktor nak ambil lagi darah untuk ujian. Alya apa lagi.. Start menggelengkan kepala. Nak ke tak nak.. Terpaksa jugak. Skali cucuk tangan.. Darah tak nak keluar. Doktor terpaksa cucuk skali lagi dekat lipatan siku. Baru darah keluar sikit. Alya tak yah cerita la.. Memang menangis tapi masih kontrol. Tak macam ada sorang budak kelmarin. Berisi la jugak budak tu. Aku yang duduk kat katil Alya pun masih dengar jeritan sakit.. Takut.. Menangis budak tu.. 😂😂 harap-harap ok la result darah Alya yang ni.

5:00 pm – Doktor mai habaq platelet Alya lagi rendah dari pagi tadi. Bermakna.. Alya stay lagi la malam ni dalam wad 4. Doktor nak repeat ambil darah pulak pagi esok. Menangis lagi la Alya esok..

Alya tersedar dari tidur. Terus tanya dah boleh balik ke? Aku jawab doktor tak bagi lagi. Lepas tu, berubah muka Alya. Nampak sangat muka stress. Nampak la mata dia tu berair.. Tapi dia tahan untuk tak menangis… Omma Oppa dia hantar voice bagi kata-kata semangat pun, dia tak nak dengar. Paling muka dari aku. Memang nampak stress la muka dia… Aku pujuk dia nak belikan KFC lepas ambil Ibu dia nanti.. baru la okay sikit…

9:00 pm – Lepas beli barang-barang dapur kat Tesco, aku bawak ayah & mak ke HRPZ II. Oleh sebab sepanjang PKPP ni, tiada masa melawat dan tidak dibenarkan melawat, jadi terpaksa la bergilir-gilir kongsi kad peneman. Lepas wife aku keluar dan bagi kad tu kat Ayah, Ayah pun masuk ziarah Alya untuk bagi sokongan moral kat Alya.. Maklum la… cucu Oppa..

20200808 - dora masuk wad

Dora The Explorer.. Alya mintak bawak Si Semek (nama bagi Dora ni) pagi Jumaat baru ni. 2 3 orang doktor mintak nak cari barang dalam beg Semek ni.

 

20200808 - alya denggi

Gambar time tidur tengahari Jumaat..

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Hari Keempat Di Wad 4
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more