Masa bersama anak dinilai dari segi kualiti atau kuantiti? : Pena Hijau

Masa bersama anak dinilai dari segi kualiti atau kuantiti?

Hagia Sophia kembali menjadi masjid
10 Aug 2020
Puji kebaikan suami
12 Aug 2020
Hagia Sophia kembali menjadi masjid
10 Aug 2020
Puji kebaikan suami
12 Aug 2020
icon follow us

Masa bersama bersama anak dinilai dari segi kualiti atau kuantiti? Meluangkan masa bersama anak-anak adalah perkara yang perlu diambil berat oleh semua ibu bapa meskipun sibuk bekerja. Pengurusan masa yang baik dapat membantu ibu bapa untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama anak.

Apabila berbicara tentang masa bersama anak-anak, pastinya ibu bapa mahukan lebih masa bersama zuriat mereka. Namun jika tidak berpeluang, masa berkualitilah yang perlu diluangkan dengan anak-anak. Sebagai contoh, andai ibu bapa meluangkan masa seharian bersama anak-anak sekalipun tetapi masih sibuk misalnya dengan media sosial dan urusan kerja, sudah pasti masa yang diluang hanya sia-sia.

Apa yang dikatakan sebagai berkualiti di sini?

Keutamaan keluarga

Sekiranya kebahagiaan seisi keluarga yang menjadi keutamaan, sudah tentu ibu bapa mampu memainkan peranan yang cukup baik. Sebagai ibu bapa, anda perlu memikirkan berkenaan kehidupan anda dan anak-anak. Adakah dengan sibuk bekerja siang malam dapat memberikan sebuah keluarga yang bahagia dan melahirkan anak-anak yang berjaya dari segala aspek pada masa akan datang? Benar memang zaman ini memerlukan kita sebagai ibu bapa bekerja lebih keras. Namun jangan lupa peruntukkan masa berkualiti bersama anak-anak setiap hari.

Berikan perhatian terhadap anak-anak

Anak-anak yang semakin membesar dan meningkat dewasa sangat perlu perhatian dan dipantau gerak geri mereka. Jika tersilap langkah, dikhuatiri anak-anak ini boleh tersilap langkah. Meskipun anda seorang ibu bapa yang bekerjaya, luangkan sedikit masa untuk memantau dan memberikan perhatian kepada anak. Tanya pada mereka aktiviti yang telah mereka lakukan dan sekiranya mereka berjaya dalam sesuatu perkra yang mereka lakukan, berikanlah pujian kepada mereka.

Kerap berbual dan bertanya khabar dengan anak-anak

Benar, dalam mendidik anak perlu ada ketegasan. Namun, ianya tidak perlu merngkumi semua aspek. Biarlah mengikut kepada situasi. Ajak anak-anak untuk berbual. Antara topik yang boleh anda bualkan bersama mereka adalah bagaimana dengan kehidupan seharian mereka ketika berada di sekolah. Bagaimana sesi pembelajaran mereka. Adakah mereka seronok ataupun sebaliknya. Ketika inilah ibu bapa boleh menasihati anak-anak jika perbuatan mereka ada yang tidak betul.

Cubalah luangkan masa untuk berhimpun bersama-sama dengan anak-anak setiap hari jika berkesempatan. Paling mudah ialah masa makan malam dan selepas solat Isyak. Sambil makan bolehlah ambil tahu perkembangan anak pada hari tersebut, Jika ada masa bantu juga anak-anak siapkan kerja sekolah walaupun mereka sudah besar. Secara tak langsung ianya dapat mengeratkan hubungan anda sebagai ibu bapa dengan anak-anak.

Masa yang panjang dan masa yang berkualiti bersama anak-anak memang penting kedua-duanya. Bukan semua orang berkesempatan memilikinya. Selaku ibu bapa, ayuhlah rebut peluang luangkan masa sebanyak dan sebaik mungkin bersama anak-anak.

Apa pandangan anda? Mari sama-sama kita fikir dan renungkan perkara ini.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Masa bersama anak dinilai dari segi kualiti atau kuantiti?
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more