Puji kebaikan suami : Pena Hijau
Masa bersama anak dinilai dari segi kualiti atau kuantiti?
11 Aug 2020
Brahim’s – jenama Muslim Malaysia yang unggul
13 Aug 2020
Masa bersama anak dinilai dari segi kualiti atau kuantiti?
11 Aug 2020
Brahim’s – jenama Muslim Malaysia yang unggul
13 Aug 2020
icon follow us

Kehidupan berumah tangga adalah tentang cinta, tentang persahabatan dan kesabaran. Suami dan isteri adalah pasangan yang dicipta untuk saling melengkapi satu sama lain.

Mengidami sebuah rumah tangga harmoni boleh diibaratkan seperti sebatang pokok. Ia memerlukan baja yang cukup untuk pokok terus membesar dengan subur.  Ikhlas, jujur serta saling memahami dan berkasih sayang adalah kunci kepada kebahagiaan.

Seorang suami memainkan peranan penting dalam sebuah rumah tangga.  Suami adalah tonggak dalam memastikan bahtera keluarga berjalan lancar. Ini kerana semua tanggungjawab keluarga terletak di bahunya.

Selain nafkah zahir dan batin, para suami juga perlu menyediakan rumah yang selesa kepada isteri.  Suami juga bertanggungjawab menyediakan makan, minum, pakaian dan perbelanjaan untuk keluarga.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara makruf.  Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.”  (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Persoalannya bilakah kali terakhir anda sebagai isteri memuji suami atas semua yang dilakukan terhadap anda dan keluarga. Mungkin bagi yang tidak pernah melakukannya, ia terasa agak janggal.

Seperti kata pepatah, ala bisa tegal biasa.  Sekiranya perbuatan memuji suami itu dijadikan kebiasaan dalam hidup, anda akan melihat banyak keajaiban berlaku. Kebahagian meningkat dan hati bertambah lapang. Lihatlah kelebihan suami bukan kekurangannya dan hargai semua yang dilakukannya.

Sentiasa beritahu suami bahawa dia seorang yang hebat. Jangan kedekut untuk memberi pujian. Dalam masa yang sama, berilah perhatian kepada suami walaupun anda sibuk.

Anda perlu pastikan makan, minum dan pakai suami disediakan. Jaga penampilan diri, percaya pada suami dan sekali sekala benarkan suami keluar dengan teman-temannya.

Seperti kata seorang pakar bedah mata dan motivator, Profesor Dr Che Muhaya Mohamad bahawa kita sering melihat keburukan pada suami. Sebenarnya itulah diri kita yang sebenarnya.

Sekiranya kita seorang yang positif, bersangka baik, kita akan melihat yang baik-baik sahaja dalam diri suami dan begitulah sebaliknya. Setiap kali ada perkara yang tidak disenangi berlaku, cuba tidak memanjangkan perkara kecil itu menjadi besar.

“Diperlihatkan kepadaku neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri.”  Lalu Baginda SAW ditanya apakah mereka itu mengkufuri Allah?  Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri ihsan.

Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari, sahih)

Sesungguhnya semua yang ingin  kita lakukan hendaklah bermula dengan niat. Kita berkahwin kerana Allah SWT. Kedua mesti ikhlas, demi agama dan tujuan perkahwinan itu  dilangsungkan.

Justeru, berbahagia serta bersyukurlah sekiranya anda memiliki suami yang baik serta beriman. Biar rumah kecil, kereta buruk, yang penting syukur dengan apa yang ada.  Itulah asas kebahagian dalam rumah tangga.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Puji kebaikan suami
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more