Memilih makanan halal dalam kehidupan : Pena Hijau
Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan?
7 Aug 2020
Keluarga komuter, keluarga hujung minggu
8 Aug 2020
Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan?
7 Aug 2020
Keluarga komuter, keluarga hujung minggu
8 Aug 2020
icon follow us

Kosakata ‘Halal’ merujuk kepada makanan dan minuman yang diizinkan oleh syariat untuk berjual-beli. Sedangkan dalam konteks yang lebih luas istilah halal merujuk kepada segala sesuatu yang diizinkan menurut hukum Islam (perkahwinan, tingkah laku, cara berpakaian dan lain-lain).

Makanan yang halal juga adalah makanan yang baik dari segi rupa, bau dan zatnya. Mempunyai unsur yang baik dari segi jasmani dan rohani. Islam menggalakkan umatnya agar dapat mengambil makanan yang halal dan meninggalkan yang haram.

Dalam Mu’jam Ma’ni (kamus Arab) menakrifkan ‘Halal’ dari segi bahasa, iaitu dari perkataan ‘Halla’, ‘Yahillu’, ‘Halalan’; perkara yang dihalalkan oleh Allah SWT yang bukan haram dan dibenarkan-Nya. Firman Allah SWT tentang asas penetapan halal dan haram dalam Islam yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah, 2 : 168-169)

Berdasarkan ayat di atas, Allah Azzawajalla menyeru kepada seluruh umat manusia, samaada yang beriman atau pun yang kafir kepada-Nya. Allah mengingatkan kepada kita agar dapat memakan segala yang ada di muka bumi ini, sama ada biji-bijian, sayur-sayuran, buah-buahan, daging haiwan.

Pengambilan makanan tersebut perlu dilihat pada dua kriteria. Pertama, makanan halal iaitu bukan barangan yang diharamkan atau didapati melalui cara yang haram seperti paksaan, mencuri dan lainnya. Kedua, makanan yang Toyyib (baik) iaitu bukan barangan yang Khabith (buruk) seperti bangkai, darah dan daging babi.

Pada ayat lain, Allah SWT mengarahkan perintah yang sama secara khusus kepada kaum Mukminin dengan firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu beribadah.” (Al-Baqarah, 2 : 172)

Di sini, AllahAzzawajalla mengarahkan perintah ini secara khusus kepada kaum Mukminin kerana mereka sahajalah pada hakikatnya yang dapat mengambil manfaat dari perintah-perintah dan larangan-larangan-Nya.

Tambahan pula didorong akan keimanan mereka kepada Allah SWT. Allah merintahkan mereka agar dapat menerima rezeki yang baik yang diberikan dan bersyukur atas kurniaan nikmat ini. Keimanan yang ada pada seseorang Mukmin itulah yang menghalangnya daripada mengambil makanan yang tidak halal.

Antara ciri-ciri makanan halal:

Oleh itu, sebagai seorang Mukmin, kita hendaklah sentiasa memastikan setiap apa yang masuk ke dalam perut kita adalah dari makanan yang halal dan toyyib. Insya-Allah, kita juga akan berasa tenang apabila mengamalkan gaya hidup sihat mengikut syariat Islam.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Memilih makanan halal dalam kehidupan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more