Pengajaran daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW : Pena Hijau

Pengajaran daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW

Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal!
Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal!
19 Aug 2020
Jadilah Orang Yang Paling Bermanfaat
21 Aug 2020
Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal!
Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal!
19 Aug 2020
Jadilah Orang Yang Paling Bermanfaat
21 Aug 2020
20220729 hijrah
icon follow us

Awal Muharam merupakan peristiwa penting dalam takwim Islam. Yang mana berlakunya peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dari Kota Makkah ke kota Madinah pada 622 Masihi. Ketika itu penduduk Muhajirin dari Makkah bersatu dengan penduduk Ansar dari Madinah untuk menegakkan agama Islam.

Bagi masyarakat Islam di Malaysia menjadikan peristiwa ini sebagai satu acara keagamaan dengan mengadakan solat sunat dan bacaan surah Yasin pada malamnya. Seterusnya, hari tersebut merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia. Bermula daripada peristiwa inilah takwim Islam diwujudkan, namun secara rasminya bermula pada zaman Khalifah Umar al-Khattab RA.

Ketabahan baginda Rasulullah SAW untuk menegakkan agama Islam amat dikagumi, sehinggalah klimaksnya tiba semasa peristiwa Hijrah ini.

Firman Allah SWT dalam al-Quran :

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ ٱللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ ثَانِىَ ٱثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِى ٱلْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَـٰحِبِهِۦ لَا تَحْزَنْ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُۥ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُۥ بِجُنُودٍۢ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ ٱلسُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ ٱللَّهِ هِىَ ٱلْعُلْيَا ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ٤٠

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah At-Taubah, ayat 40)

Peristiwa Hijrah amat sinonim dalam kehidupan harian kita. Namun bagaimana kita mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut? Saban hari kita diuji dengan pelbagai dugaan kehidupan. Ada kalanya hidup dalam keadaan senang dan susah.

Namun ada juga insan lain yang masih memerlukan pembelaan dan bantuan dari kita. Beberapa pengajaran boleh diambil daripada peritiwa Hijrah ini, antaranya ialah :

Pertama : Mewujudkan Kerajaan Islam yang menyatukan akidah, syariat dan hukum. Akidah adalah tonggak kehidupan. Ia dibuktikan apabila golongan Muhajirin dan Ansar bersatu untuk berjihad di jalan Allah SWT di samping kekuatan ekonomi, kemasyarakatan dan ketenteraan.

Kedua : Perancangan yang strategik untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk dunia. Perancangan ini bermula apabila baginda SAW dan Saidina Abu Bakar RA merancang untuk berhijrah ke Madinah. Tanpa perancangan yang baik penghijrahan ini tidak dapat dilaksanakan.

Ketiga : Ahli hadis seperti Imam Bukhari RA dan Muslim RA mengambil peluang mengumpulkan hadis sahih dari Rasulullah SAW. Para ulama datang ke Semenanjung Tanah Arab semata-mata mendapatkan kesahihan hadis.

Keempat : Melahirkan sifat sabar, bantu membantu, persaudaraan, tawakkal kepada Allah SWT ketika berhijrah. Setiap pengorbanan memerlukan kesatuan hati untuk berjuang menegakkan agama Islam.

Kelima : Kemunculan era Ketamadunan dan Peradaban Islam pada kurun ke-7 hingga 12 Masihi. Iaitu pada zaman Dinasti Umayyah di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad. Beliau membangunkan peradaban Islam pertama di Eropah.

Keenam : Pelbagai penemuan ilmu sains dan teknologi, falsafah dan bahasa ditemui. Para sahabat dan tabiin mencari ilmu pengetahuan dan menyebarkannya. Sehingga kemunculan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam sistem pendidikan Malaysia masa kini.

Oleh itu, rentetan daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW mengajar kita erti kehidupan. Kita hendaklah sentiasa berpegang kepada Quran dan Sunnah, mematuhi setiap suruhan Islam dan menjauhi setiap larangan.

Dalam era teknologi masa kini, penghijrahan minda dan jiwa perlu dilakukan agar seiring dengan matlamat syariat yang sebenar.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Pengajaran daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more